top of page

Pakej ransangan RM200 bilion hanya tambah hutang rakyat, negara



Menteri Ekonomi Mohd Rafizi Ramli (PH - Pandan) hari ini membidas Ahli Parlimen Mahiaddin Yassin (PN - Pagoh) di atas cadangan beliau bagi mewujudkan pakej ransangan ekonomi RM200 - RM300 bilion untuk menangani kemuraman ekonomi pasca Covid 19.


Menurut Rafizi, pakej ransangan tersebut hanya sesuai pada waktu Pagoh menjadi Perdana Menteri (PM) dan tidak lagi cocok dengan keadaan terkini yang menunjukkan pemulihan ekonomi negara.


"Berdasarkan kepada data dan unjuran keadaan ekonomi sekarang, inshaAllah kita tidak akan mejadi lebih teruk daripada zaman Pagoh menjadi PM kerana berdasarkan saiz Keluaran Dalam Negara Kasar kita sekarang semua sektor telah pulih kecuali pertanian.


"Kalau Pagoh mengatakan keadaan tahun ini akan lebih teruk daripada sebelumnya, data ekonomi yang ada itu tidak menyokong apa yang disebut Pagoh.


"Keduanya kalau Pagoh menagtakan kerajaan boleh perutukkan RM200 bilion, kita juga sesedar kami terpaksa mewarisi satu bebaanan hutang yang besar," katanya dalam perbahasan Dewan Rakyat sesi pagi.


Oleh itu kata Rafizi, dalam suasana yang ekonomi sudah pun melepasi endemik maka sudah pasti untuk menangani cabaran yang terbaik ialah mengimbangi suntikan dana bantuan dengan mengukuhkan keadaan fiskal negara untuk mengelak keberhutangan yang tinggi.


"Pagoh juga tahu kerajaan kita ini berada dalam defisit. Kalau contohnya kerajaan mengambil hutang RM200 bilion seperti disebut. Dan kita mengambil hutang dalam suasana kadar faedah antarabangsa lebih tinggi maka itu akan terus mewariskan beban hutang negara kepada kerajaan dan generasi akan datang.


"Sama seperti mana kami mewarisi sehingga RM40 bilion lebih setiap tahun semata mata membayar hutang yang diambil sebahagiannya semasa Pagoh menjadi PM


"Sebab itu ada cara kita boleh menjaga kebajikan kumpulan rentan. Ada cara kita boleh memulihkan Perusahaan Mikro, Kecil, Sederhana tanpa kita mengambil tindakan berhutang dan menambah beban seperti diamalkan kerajaan PN sebelum ini," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page