top of page

Pakej Rangsangan Kita Selangor fahami denyut nadi kesukaran hidup rakyat



Pakej Rangsangan Kita Selangor yang dibentangkan Menteri Besar Datuk Seri Amiruddin Shari semalam terus mendapat pujian.


Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Halimey Abu Bakar berkata, pakej itu benar-benar memahami denyut nadi kesukaran hidup rakyat yang tersepit dalam waktu Perintah Kawalan Pergerakan dan Darurat.


"Peruntukkan berjumlah RM 74.877 juta itu yang diumumkan semalam adalah bagi memastikan kebajikan rakyat Selangor terbela. Antara peruntukkan yang bakal memberi manfaat adalah sejumlah RM 6 juta yang akan disalurkan untuk melaksanakan Ujian Saringan Covid 19 Bersasar percuma yang akan memfokuskan kepada golongan berisiko tinggi meliputi RM 50,000 rakyat Selangor.


"Begitu juga dengan pelupusan pinjaman 762 peminjam Yayasan Selangor yang membawa implikasi kewangan sebanyak RM7.177 juta, manakala 450 penyewa di bawah Skim Smart Sewa diberikan kelonggaran pembayaran sewa rumah untuk Januari, Februari dan Mac.


"Selain itu, saya turut memuji keputusan Kerajaan Negeri menyediakan bakul makanan kepada pemandu teksi, bas sekolah, penyewa PPR, pemandu lori sisa pepejal serta Orang Asal. Tidak dilupakan 10,160 warga tani yang akan menerima insentif baucar petrol serta input penternakkan sebanyak RM 2 juta," kata Halimey dalam satu kenyataan.


Menurut Ahli Dewan Negeri Seri Setia itu lagi, pakej ransangan juga mengiktiraf pengorbanan barisan hadapan lewat pengenalan Inisiatif Cakna Anak Barisan Hadapan yang dilihat mampu memberi kelegaan kepada para petugas dengan menyedari bahawa anak mereka berada dalam penjagaan yang baik.


Kerajaan Negeri juga, katanya, turut mengumumkan bantuan makanan dua kali sehari kepada 9,822 petugas perubatan di hospital, Pejabat Kesihatan Daerah seluruh Selangor dan kepada 3,500 anggota keselamatan.


Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri di atas peruntukan RM 100,000 kepada 56 DUN seluruh Selangor yang mana bakal dimanfaatkan untuk program mesra rakyat.


"Banyak lagi insentif dan bantuan yang bakal merancakkan ekonomi seperti Insentif E-Pembekalan Runcit dan Mikro, Niaga Darul Ehsan (NaDI) dan Program Selangor E Kitchen.


"Bagi adik-adik yang bakal menghadapi SPM dan STPM boleh melayari pembelajaran secara 'smart learning' melalui portal ePTRS.my yang menawarkan mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Sejarah, Matematik serta Pengajian Am dan MUET untuk calon STPM.


"Rakyat Selangor pastinya melahirkan rasa syukur kerana disebalik tekanan pandemik dan ekonomi, Kerajaan Negeri masih mampu untuk menyantuni negeri jiran yang dilanda musibah banjir.


"Pengumuman bantuan banjir kepada Pahang, Terengganu dan Kelantan adalah satu keputusan yang melangkaui gelora politik semasa dan harapannya tidak akan ada golongan yang tersisih dalam pengagihan bantuan tersebut," katanya lagi.


Halimey mengharapkan pakej rangsangan berkenaan akan segera sampai kepada penerima yang layak. Beliau juga berharap usaha murni Kerajaan Negeri menyediakan 3 juta - 5 juta vaksin akan dipermudahkan prosesnya serta mendapat kerjasama penuh Kementerian Kesihatan dan Kerajaan Persekutuan.


"Bertindaklah sebagai satu kesatuan warga, tanpa mengira aspirasi politik dan bendera ideologi demi kesejahteraan dan kebajikan rakyat seluruhnya," ujarnya.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page