top of page

Pakej Rahmah dilancarkan, pengguna berjimat hingga RM25



Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada Isnin melancar satu lagi program di bawah jenama Payung Rahmah.


Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata inisiatif terbaharu yang dijayakan dengan kerjasama pusat beli belah Aeon Big (M) itu menawarkan barangan keperluan asas dengan harga lebih murah.


Justeru beliau berharap 'pakej barangan pengguna' itu mampu menjayakan usaha kerajaan untuk meringankan beban hidup rakyat.


"Hari ini kita perkenalkan Pakej Rahmah. Aeon Big tawarkan 17 barangan asas sama ada makanan juga barang keperluan dalam bentuk pakej kepada rakyat.


"Ini jika dibanding dengan harga di luar, ia menjimatkan hampir RM25.


"Itu sudah pasti meringankan beban rakyat yang memerlukan sekiranya mereka membeli-belah di Aeon Big. Ada 21 cawangan besar di seluruh negara untuk rakyat menikmati Pakej Rahmah ini," katanya pada sidang media pelancaran inisiatif itu di Aeon Big Wangsa Maju.


Sementara itu, Pengarah Urusan Aeon Big, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed dipetik laporan media berkata, selain Pakej Rahmah yang merupakan barangan keperluan harian bernilai RM50, pihaknya turut menawarkan Jualan Rahmah dan Menu Rahmah di premis mereka.


Melalui Jualan Rahmah, 100 produk terpilih lain dijual pada harga lebih rendah, antaranya beras, minyak masak, makanan proses, peralatan mandian dan pelbagai keperluan asas.


"Bagi Menu Rahmah pula kita tawarkan dengan harga RM4.95 sahaja berserta air mineral. Menu ini terdiri daripada ayam, sotong dan ikan," ujarnya pada majlis sama.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page