top of page

Pakej PENJANA tidak sah dibelanja tanpa kelulusan Parlimen?




Pakej ransangan ekonomi kali ke-3 yang disebut PENJANA bagi memulihkan ekonomi jangka pendek dibentangkan oleh Perdana Menteri (PM) Muhyiddin Yassin beberapa hari lalu dikhuatiri tidak sah dibelanjakan tanpa diluluskan Parlimen terlebih dahulu.


Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata, hal itu kerana Belanjawan 2020 telah pun diluluskan pada Disember 2019 lalu, oleh yang demikian sebarang perubahan kepada kegunaan peruntukan perlulah diluluskan pada sesi yang lain.


"Kita ingat pada Disember 2019 Parlimen telah meluluskan Bajet 2020, sekiranya peruntukan itu perlu dibelanjakan dengan cara berbeza maka perlu dibawa semula ke Parlimen bagi memastikan ada kelulusan.


"Di sini kita lihat pihak kerajaan membelakangkan Parlimen. Berbanding negara-negara lain yang telah pun mendapatkan kelulusan Parlimen untuk membelanjakan pakej ransangan Covid 19 mereka.


"Kita tengok di Singapura (pakej ransangan) dibawa ke parlimen dan dibahaskan sebaik mungkin. Kalau ikutkan (tanpa kelulusan Dewan Rakyat) peruntukan kewangan itu tidak sah digunakan," katanya.


Menurut Fuziah lagi, alasan peruntukan perlu segera dibelanjakan tidak relevan sebagai dalih tidak memerlukan kelulusan Parlimen. Katanya, perbahasan di dewan penting kerana rakyat mewakilkan kepada Ahli Parlimen bagi menentukan ketelusan pengagihan pakej ransangan berkenaan.


"Kita harus kembalikan tanggungjawab itu kepada wakil rakyat. Mereka berhak menyuarakan bagi pihak rakyat. Semua sektor masyarakat (perlu dipastikan) supaya tidak ada yang ketinggalan.


"Mustahil seorang sahaja, iaitu perdana menteri boleh mewakili atau dapat menyampaikan keperluan seluruh masyarakat," katanya.


Jumaat lalu, PM Muhyididn membentangkan pakej pemulihan ekonomi jangka pendek sebanyak RM35 bilion. Termasuk pakej kali ini, beliau telah mengumumkan pakej bernilai RM295 bilion tetapi satu pun tidak dibahas di Parlimen.


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page