top of page

Pakej Internet khas ilham dari kesukaran hidup rider p-hailing



Pakej Internet khas buat penunggang p-hailing atau lebih dikenali sebagai riders yang diperkenalkan oleh Kementerian Komunikasi hari ini diilhamkan oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil selepas bertemu seorang rider yang mengalami masalah kewangan.


Menurut Fahmi, beliau bertemu rider bernama Nazirul itu baru baru ini yang mengadu pendapatannya RM4,000 sebulan tidak cukup untuk menanggung isteri yang tidak bekerja dan anak anak.


Beliau tidak mampu untuk membayar bil telefon dan terpaksa meminjam wang daripada kawan kawan.

Kesukaran hidup rider mengilham idea kepada Fahmi

Sebubungan itu, Fahmi berpendapat satu pakej khas langganan telefon perlu disediakan untuk riders bagi memudahkan mereka menjalankan tugas.


"Selepas pertemuan itu, pejabat saya telah memulakan siri perbincangan dengan semua telco untuk mencadangkan pakej Internet khas, khusus buat riders sahaja. Saya faham sepenuhnya bahawa sebagai syarikat swasta, rundingan ini bukanlah sesuatu yang mudah.


"Alhamdulillah, hari ini saya telah bertemu semua CEO telco, dan antara lain kami telah capai kata putus agar telco akan sediakan pakej khas untuk semua p-hailing riders di Malaysia dengan diskaun istimewa," katanya dalam perkongsian di Facebook.


Tegas Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, kerajaan sentiasa memahami kesusahan riders yang bertungkus lumus menghantar makanan dan bungkusan untuk rakyat Malaysia di bawah terik matahari dan hujan lebat.


Pakej itu, katanya, satu kemenangan kecil buat semua pekerja dalam industri p-hailing.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page