Pakej insentif, kenaikan gaji sektor awam lonjakkan aktiviti ekonomi
- Suara Keadilan

- Aug 30
- 1 min read

Oleh: Akmal Manaf
Pakej kenaikan gaji dan insentif berjumlah RM28 bilion yang diumumkan Perdana Menteri sempena Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-20 (MAPPA XX) baru baru ini dijangka akan memberi lonjakan berganda kepada ekonomi negara, khususnya menerusi peningkatan kuasa beli penjawat awam seterusnya merangsang pertumbuhan sektor peruncitan.
Pakar Ekonomi Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST), Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai (gambar) menyifatkan peranan isi rumah, khususnya golongan pekerja dan suri rumah, merupakan antara pemacu utama yang membawa kepada pertumbuhan ekonomi negara.
''Ekonomi Malaysia sangat sensitif dengan perbelanjaan persendirian. Jadi apabila gaji kumpulan pekerja bertambah, ia pastinya akan menyebabkan kenaikan perbelanjaan dan kenaikan perbelanjaan itu akan menyebabkan kenaikan pengeluaran.
''Ia juga akan menaikkan semua aktiviti ekonomi termasuk perkhidmatan pelancongan dan sebagainya dan ini juga akan meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK),'' katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.
Beliau diminta mengulas mengenai insentif bernilai RM28 bilion yang diumumkan Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika majlis MAPPA XX yang lalu, sama ada langkah itu mampu memberi nilai tambah kepada ekonomi negara khususnya melalui peningkatan kuasa beli kakitangan awam.
Secara kasar pengumuman PM telah memberi insentif kepada 1.7 juta kakitangan awam termasuk Inisiatif Hadiah Pengiktirafan Akademik (HPA) yang membabitkan RM75.7 juta untuk 91,672 pegawai menunjukkan penghargaan terhadap usaha pembelajaran berterusan.
Juga pemberian insentif kepada anggota ATM gred Z4 dan Z5 dengan tempoh kelayakan yang dipendekkan dari enam tahun kepada empat tahun akan memberi manfaat kepada 3,789 anggota dan sebagainya.









Comments