top of page

Pakej cermin mata Rahmah diperkenalkan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 6, 2023
  • 1 min read


Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperluas inisiatif Payung Rahmah dengan memperkenalkan Pakej Rahmah Cermin Mata.


Menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, melalui inisiatif yang dijayakan dengan kerjasama syarikat MOG Eyewear itu, rakyat umum boleh membeli cermin mata pada harga antara RM50 ke RM100.


Selain itu pengguna boleh menaik taraf kanta cermin mata kepada 'blue cut lens' dengan perlindungan sinaran ultra ungu pada RM100 sahaja.

"Pakej ini boleh didapati di 96 cawangan MOG Eyewear di Malaysia," katanya.


Sementara itu tambah Ahli Parlimen Pulai itu, Inisiatif Payung Rahmah akan diteruskan dengan pelbagai lagi tawaran menarik sesuai dengan keperluan dan kehendak rakyat.


KPDN sebelum ini melancarkan menu makanan Rahmah, bakul makanan jualan murah.


Kerajaan dijangka akan memperkenalkan pakej insurans Rahmah untuk golongan B40 dan miskin tgear tidak alama lagi sebagai usaha membantu golongan tersebut mendapatkan penjagaan kesihatan yang sepatutnya.

Commenti


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page