Pakej 5G Rahmah, telefon pintar serendah RM240
- Suara Keadilan
- Aug 7, 2023
- 1 min read

Rakyat Malaysia boleh memiliki telefon pintar jenama samsung A14 5G dan Honor 90 Lite 5G dengan harga serendah RM240 melalui Pakej 5G Rahmah yang ditawarkan kerajaan.
Menurut Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil, tawaran itu juga membenarkan pengguna memperolehi pelan data 60GB.
"Semua rakyat Malaysia boleh mendapatkan pelan data postpaid 60GB serendah RM60 sebulan serta telefon pintar 5G serendah RM240.
"Untuk 100,000 pembeli pertama dalam kategori B40 pula akan mendapat telefon pintar 5G tersebut dengan harga lebih rendah iaitu semurah RM120
"Pakej tersebut akan berada di pasaran bermula pada 31 Ogos 2023 dengan kontrak langganan selama 24 bulan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Manakala bagi Insentif Postpaid RAHMAH Penjawat Awam pula, jelas Fahmi, rebat RM10 sebulan akan diberikan untuk mana-mana pakej postpaid sedia ada.
"Ini bermakna penjawat awam mendapat manfaat penjimatan pakej postpaid sebanyak RM120 setahun. Pakej ini berkuatkuasa bermula 31 Ogos 2023.
"Ini merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan Perpaduan untuk mengurangkan beban ekonomi rakyat dan memastikan rakyat mendapat perkhidmatan internet berkualiti dengan harga berpatutan," katanya lagi.
Pakej Rahmah ini lanjutan kepada pakej perpaduan RM30 untuk tempoh 180 hari terhad kepada golongan B40, warga emas, polis, tentera dan belia berumur bawah 30 tahun yang dilancar Disember 2022 lalu.
Great initiative. Can I buy one as a super senior