top of page

Pakatan pilihan raya bersama Muda - Anwar



Keputusan untuk menerima Ikatan Demokratik Bersatu Malaysia (Muda) sebagai sebahagian komponen Pakatan Harapan (PH) tidak mungkin berlaku memandangkan tarikh Pilihan Raya Umum ke 15 yang amat hampir.


Sehubungan itu, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pilihan yang adalah hanyalah kerjasama pilihan raya (electoral pact) antara PH dan Muda.


"Keputusannya boleh teruskan


"Setakat ini electoral pact sebab kalau ahli rasmi (diterima ke dalam PH) kena mendapat kelulusan ROS (Pendaftar Pertubuhan). Jadi saya tak fikir ROS akan luluskan apa-apa sekarang," katanya ringkas usai mesyuarat Majlis Presiden PH petang semalam.


Menurutnya, perbincangan dua hala selepas ini berkaitan butiran kerjasama seperti rundingan kerusi dan logo bersama.


Untuk membawa Muda bersama dalam PH memerlukan persetujuan Pendaftar Pertubuhan, pindaan perlembagaan PH dan proses berkenaan memakan masa berbulan bulan.


Bagaimanapun pakatan pilihan raya lebih mudah direalisasikan sebelum hari penamaan calon.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page