Pakatan longgar: Pemimpin Pas pertikai Bersatu ketuai PN, jadi PM?
- Suara Keadilan

- Sep 17
- 2 min read

Pertelagahan antara komponen Perkatan Nasional (PN) mengenai calon perdana menteri gabungan itu pada Pilihan Raya Umum ke 16 akan datang semakin sengit.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor, Faezuddin Puad (gambar) menyifatkan PN perlu memikirkan pihak yang paling layak untuk menerajui negara selepas ucapan Pengarah Pilihanraya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam Muktamar Pas ke 71 di Kota Sarang Semut, Kedah dilihat seolah-olah memerli rakan sekutu mereka, Bersatu.
“Duit tak dak, jentera tak dak tapi nak jadi ketua,” dakwa Sanusi, menurut Faezuddin, memperlihatkan bahawa Pas menganggap sekutunya sebagai parti lemah.

Sebelum ini, kata beliau, percanggahan pendapat berlaku apabila Bersatu mencadangkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon perdana menteri, manakala pemimpin Pas mencadangkan Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
"Mursyidul Am Pas pun dah tegaskan Pas lah parti yang layak pimpin PN.
"Ulasan Hj Hadi pula dilihat tidak memihak kepada Muhyiddin apabila mencadangkan PM mesti syaratnya kuat dan berumur bawah 70 tahun, sedangkan Muhyiddin berumur 78 tahun," kata Faezuddin dalam satu kenyaaan.
Tambah beliau, situasi tersebut mengukuhkan pandangan rakyat bahawa PN hanyalah gabungan rapuh yang tidak stabil.
"Pakatan longgar yang tidak stabil dan gagal bawa aspirasi rakyat yang mahukan kestabilan. Bayangkan, calon PM dan siapa patut jadi ketua pun mereka tidak boleh sependapat, apa lagi nak diharapkan perkara lain," tegasnya.
Dalam ucapan penggulungan sebagai Naib Presiden semalam, Sanusi berkata, ada parti yang 'datang bertanding syok sahaja' dan jentera semuanya dibantu oleh Pas.
"Kita menghadapi rakan-rakan (dalam PN) yang bergantung kepada peralatan yang kita bayar. Di sini (Kedah), saya fikir di tempat lain sama juga.
"Satu cawangan kita minta RM120,000 untuk satu UPU (unit peti undi). Sebelum ni semua peralatan itu kita bayar, depa mai bertanding syok aja.
"Habis tu nak jadi ketua? Duit tak dak, jentera tak dak, (harap) kita (Pas) semua," kata Sanusi dipetik Malaysiakini.









Comments