KEADILAN dan Pakatan Harapan (PH) Kulai baru-baru ini menyantuni petugas barisan hadapan di Dewan Semai Bakti, Felda Inas Utara yang mana peneroka di kawasan tersebut dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) dari 11 Jun 2021 hingga 24 Jun 2021.
Menurut Timbalan Pengerusi KEADILAN Johor, Jimmy Puah Wee Tse, pimpinan dan sukarelawan PH juga menyampaikan sedikit sumbangan dalam kunjungan itu.
"PH Kulai mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pejabat Daerah Kulai, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pertahanan Awam dan lain-lain pihak yang turut membantu. Kita mendoakan semoga segala urusan warga Felda Inas sentiasa dipermudahkan," katanya.
PKPD Felda Inas membabitkan 302 rumah, terdiri daripada peneroka dan pekerja Felda yang menjadikan kira-kira 1,668 orang berada dalam kawasan PKPD berkenaan.
Comments