top of page

Pakatan fitnah asing, pembangkang cuba lemahkan kepimpinan Anwar?

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 days ago
  • 2 min read

ree

Oleh: Helmi Foad


Parti Amanah Negara (Amanah) mengecam keras dua tuduhan liar yang disifatkan sebagai fitnah jahat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Malaysia melibatkan dakwaan asing serta tohmahan pembangkang tempatan membabitkan isu Palestin.


Naib Presidennya Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, kedua-dua tuduhan itu jelas menunjukkan wujudnya pakatan fitnah asing dan dalaman untuk menjatuhkan maruah Perdana Menteri di mata dunia, menggugat kestabilan politik negara dan mengalihkan perhatian rakyat daripada dasar kerajaan membela mereka.


"Fitnah yang dilakukan bekas pegawai Amerika Syarikat, Jonothan Schanzer kononnya Malaysia menjadi pusat operasi Hamas adalah tohmahan jahat selepas Perdana Menteri dengan lantang mengecam Israel dan menyeru dunia memutuskan hubungan diplomatik serta perdagangan dengan rejim Zionis pada Sidang Kemuncak Khas Arab-Islam di Doha, Qatar.


"Malaysia tegas menentang keganasan namun tetap berpegang kepada prinsip keadilan dan kemanusiaan membela Palestin," katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut Mahfuz, fitnah dari dalam negara pula timbul apabila pembangkang menuduh kononnya Perdana Menteri pro-Israel sedangkan dasar Malaysia kekal konsisten iaitu tidak pernah mengiktiraf Israel, mengutuk kezaliman Zionis dan sentiasa berdiri teguh bersama Palestin.


"Tuduhan itu adalah pembohongan jijik untuk menanam kebencian rakyat terhadap PMX dan menjatuhkan kerajaan semata-mata.


"Hakikatnya, pembangkang sendiri bertindak sebagai agen asing yang menipu rakyat dengan politik kotor," ujarnya.


Beliau menegaskan suara asing mahupun pembangkang tempatan, kedua-duanya kini bersekongkol dalam menjayakan naratif fitnah yang sama untuk melemahkan kepimpinan Perdana Menteri dan menjerumuskan negara ke dalam kekacauan.


"Luar tuduh Malaysia pro-Hamas, dalam tuduh PMX pro-Israel. Hakikatnya, kedua-duanya adalah fitnah dengan satu agenda bersama mahu menjatuhkan Malaysia.


"Rakyat perlu bijak menolak propaganda jahat ini. Malaysia tidak akan tunduk pada fitnah, ugutan atau percubaan merosakkan kedaulatan negara," tegasnya.


Dalam pada itu, Mahfuz turut menyeru rakyat mendoakan kejayaan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla yang bakal memecah kepungan Israel bagi menyampaikan makanan dan ubat-ubatan kepada rakyat Palestin di Gaza.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page