top of page

Pahit getir pasca Langkah Sheraton: 'Ada berkhianat, ada bercuti' - Saifuddin



Genap dua tahun peristiwa tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan dan suramnya KEADILAN dilanda pengkhianatan pemimpin pemimpin utama yang 'menyeberang' untuk menubuhkan kerajaan PN, Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengungkapkan catatan mengharukan tersebut di Facebook beliau.


Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu mengimbau betapa getirnya pemimpin parti yang tinggal menampal luka luka dan membangun kembali parti yang diporak perandakan para pengkhianat dengan bantuan prmimpin pemimpin yang setia kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI).


"Sukarnya KEADILAN bergerak tatkala sejumlah pimpinan utama khianat. Yang tinggal pula ada yang memilih bercuti. Tugas mengukuh parti digalas DSAI dan pimpinan lain yang tinggal.


"Biro Politik dan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat menjadi platform menyusun segala langkah dan strategi parti. DSAI kekal dengan disiplin organisasi yang tinggi. Tekun mendengar pandangan semua. Sabar memberi bimbingan dan tunjuk ajar dan sesekali tegas dan keras dalam membuat keputusan," katanya.


Saifuddin juga memperingatkan kembali formula Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menyusun semula parti dan memastikan organisasi serta perjalanan parti kekal lancar.


"Pesanan beliau mudah. Sebelum parti buat keputusan sila beri pendapat. Boleh setuju, boleh tidak setuju. Tegur dan kritik tapi jangan sesekali beri “ultimatum”. Apakala parti buat keputusan berikan kepatuhan dan laksanakan keputusan itu.


"Begitulah KEADILAN. Setiap keputusan dibincang dan diputuskan bersama. Baik buruk sesuatu keputusan parti kita ambil tanggungjawab. Jauh sekali berlepas tangan. Inilah prinsip pertanggungjawaban yang kita anuti," katanya lagi.


Untuk rekod, Langkah Sheraton yang menumbangkan kerajaan PH terjadi pada hujung Februari 2020. Manakala bulan Mac 2020 merupakan detik tertubuhnya kerajaan PN dengan dianggotai para pengkhianat. Sejak itu perjalanan politik Malaysia tidak pernah lagi normal sebagaimana sebelumnya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page