top of page

Pahang perketat kawalan terhadap urusan tanah rizab



Kerajaan Pahang memperkukuh lagi usaha bagi menjaga kepentingan dan pegangan tanah rizab Melayu di negeri itu agar terus terpelihara.


Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail memaklumkan setakat ini jumlah keluasan tanah rizab Melayu yang diwartakan di seluruh Pahang adalah berkeluasan 397,619.05 hektar .


Bagi mengekalkan keluasan kawasan rizab itu, pihaknya bertindak memperketatkan proses bagi pajakan, gadaian, pindah milik, dan pelupusan tanah rizab Melayu di negeri itu.


"Bagi memastikan keluasan kawasan tersebut dikekalkan, sebarang pembatalan ke atas rizab Melayu perlulah mendapat kelulusan pihak berkuasa negeri dan penggantian kawasan baru akan dilaksanakan serentak.


"Selain daripada itu, bagi menambah jumlah keluasan tanah rizab Melayu, semua Projek Skim Tanah Rakyat (STR) turut diwartakan sebagai kawasan rizab Melayu," katanya.


Wan Rosdy berkata begitu pada Seminar Memperkasa Ekonomi Bumiputera Pahang 2023 di Dewan Utama Majlis Bandaraya Kuantan.


Sementara itu, Wan Rosdy memaklumkan Kerajaan Negeri turut berusaha meningkatkan pendapatan dan ekonomi golongan Bumiputera melalui pelaksanaan STR dengan projek ekonomi yang dijalankan berasaskan pertanian.


Menerusi pelaksanaan STR jelasnya, Kerajaan Negeri juga dapat memberi peluang kepada rakyat terutama Bumiputera yang masih belum mempunyai tanah untuk memiliki aset dan sekali gus dapat dibangunkan secara ekonomik.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page