top of page

'Pagi buat flashmob, petang dipanggil polis'



Tindakan pihak polis memberi notis untuk soal siasat ke atas 3 pimpinan KEADILAN kerana menyertai flashmob membantah kenaikan harga barang pagi tadi mengejutkan Bendahari Agung KEADILAN, Lee Chean Chung.


Menurut ADUN Semambu itu, beliau bersama ADUN Bukit Batu, Arthur Chiong Sen Sern dan Pegawai Khas kepada ADUN Bukit Batu, Chiong Sen Loon telah diminta hadir untuk diambil keterangan berhubung himpunan bantahan tersebut.


"Tahniah atas tindakan polis yang begitu pantas dan cekap. Kami akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada siasatan ini kerana mereka juga (polis) adalah mangsa kenaikan harga yang zalim.


"Saya tidak sedar bahawa menyuarakan keluhan rakyat tentang harga Barang Naik (BN) juga adalah satu kesalahan sekarang. Lebih baik semua rakyat gamkan mulut saja lah," katanya di Facebook.


Dalam pada itu Chean Chung juga meminta agar Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi meletak jawatan sekiranya gagal menyelesaikan isu kenaikan harga barang dalam beberapa bulan akan datang.


"Saya turut mencabar Tan Sri Annuar Musa sekiranya keadaan kenaikan harga dan keterjaminan makanan tidak dikendalikan dengan baik mengikut KPI dalam tempoh 6 bulan, beliau harus meletakkan jawatan," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page