PADU semakin padu, tahniah rakyat Malaysia yang telah mendaftar
- Suara Keadilan
- Mar 30, 2024
- 2 min read

Oleh: Noraini Nordin
ULASAN BERITA: Menjelang esok, 31 Mac sebagai hari terakhir untuk rakyat Malaysia mendaftar dalam sistem maklumat Pangkalan Data Utama (PADU), sambutan yang diperlihatkan di hari-hari terakhir ini ternyata amat memberangsangkan sekali.
Setakat semalam, seramai 9.82 juta daripada 30.08 rakyat Malaysia telah mendaftar dengan PADU.
Menurut status di laman Facebook Padu Official, Selangor merekodkan pendaftaran 1.56 juta, Johor (1.10 juta); Perak (0.98 juta); Sarawak (0.90 juta); Sabah (0.83 juta); dan Kedah (0.76 juta).
Selain itu, Kelantan mencatat 0.67 juta; Kuala Lumpur (0.57 juta); Pulau Pinang (0.56 juta); Pahang (0.55 juta); Terengganu (0.46 juta); Negeri Sembilan (0.42 juta); Melaka (0.30 juta); Perlis (0.11 juta); Putrajaya (0.03 juta); dan Labuan (0.02 juta).
Jika sebelum ini laporan menyebut sehingga 16 Mac lalu hanya 5.22 juta rakyat Malaysia yang telah mendaftar dengan PADU angka terkini yang terpapar jelas amat baik sekali.
Usaha gigih pasukan Kementerian Ekonomi
Peningkatan pendaftaran ini bukan saja kerana usaha gigih pasukan Kementerian Ekonomi di bawah pimpinan Rafizi Ramli yang berterusan menggerakkan usaha bagi memastikan lebih ramai yang mendaftar tetapi tentunya kerana bertambahnya kesedaran dalam kalangan rakyat sendiri.
Sistem PADU dibangunkan dengan tujuan utama untuk perlaksanaan sistem subsidi bersasar dan hanya mereka yang mendaftar saja akan beroleh manfaat daripadanya.
Nikmati subsidi bersasar dengan PADU
Untuk itu, mahu tidak mahu, mereka ingin menikmati subsidi bersasar, mestilah mendaftar dengan PADU.
Di samping itu, meningkatnya jumlah pendaftaran kebelakangan ini adalah turut didorong oleh sikap rakyat negara ini yang suka berbuat sesuatu pada saat-saat akhir.
Dengan trend tersebut, adalah dipercayai hari ini dan esok akan menyaksikan pertambahan drastik tambah jumlah yang mendaftar PADU.
Tahniah kepada semua yang bekerja keras memastikan kejayaan PADU - kalian memang padu.
_________________________________________________________________________________
Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat
Comments