top of page

‘PADU selamat, tiada pencerobohan maklumat’



Oleh: Abdullah Zaid


Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang dibangunkan untuk menjadi sumber rujukan utama kerajaan terus menerus difitnah.


Terbaharu di media sosial, laskar siber pembangkang memutar belitkan kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berlaku serangan siber dalam jumlah tertentu dengan kononnya pencerobohan ke atas sistem PADU.


Menyifatkan 'permainan' tersebut sebagai bankrap politik, Ketua Penerangan Angkatanh Muda Keadilan Wilayah Persekutuan Muhammad Azha Salahuddin berkata, PADU hakikatnya telah menerima lebih dua juta percubaan menceroboh sejak bulan pertama dilaksanakan dan hebatnya sistem itu masih kekal utuh.


"Kalau kita rujuk semula kenyataan Menteri Ekonomi sudah dimaklum PADU telah diserang hampir dua juta kali sejak mula dibuat tetapi gagal ditembusi.


"Perkara ini jelas membuktikan sistem PADU selamat dan sepatutnya kita harus berbangga kerana sistem itu adalah produk daripada penjawat awam sendiri, maka berilah kepercayaan kepada mereka," katanya kepada Suara Keadilan.


Malah, tambahnya, orang ramai tidak perlu khuatir memandangkan banyak lagi aplikasi yang memerlukan pengguna mengisi maklumat peribadi dan tidak mempunyai masalah data digodam pihak lain.


"Sebagai contoh, semasa pandemik Covid-19 kita menggunakan aplikasi MySejahtera tetapi pada masa itu kita tidak jadikan isu politik untuk menakutkan orang ramai," ujarnya.


Terdahulu, Jabatan Penyiaran Malaysia melalui segmen Biar Betul! tampil menjelaskan kenyataan Kementerian Pertahanan berhubung 3,000 serangan siber setiap hari terhadap negara susulan pendirian Malaysia menyokong Palestin yang diambil secara luar konteks.


Media pro pembangkang itu mendakwa serangan siber tersebut sudah cukup membuktikan sistem PADU dihentikan segera bagi mengelak risiko pencerobohan.

Susulan itu klip laporan tersebut ditular dengan teks mendakwa ‘3,000 data PADU telah diceroboh Israel’.


Tindakan sabotaj itu dilihat bagi menganggu proses mengemaskini yang dijangka akan dibuka semula sejak ditutup pada 31 Mac lalu.


Untuk rekod, PADU berperanan memastikan orang ramai menerima manfaat berbentuk bantuan atau perlindungan sekiranya layak menerima pelbagai intensif kerajaan yang memfokuskan rakyat.


Pangkalan utama data kerajaan itu turut memfokuskan dan memudahkan urusan pemberian subsidi dan bantuan kepada mereka yang layak.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page