top of page

PADU menjimatkan, satukan pangkalan data untuk semua kementerian



Pembangunan Pangkalan Data Utama (PADU) berjaya menjimatkan perbelanjaan kerajaan membangun sistem dan memudahkan interaksi antara jabatan kerajaan.


Menteri Ekonomi Rafizi Ramli (PH-Pandan) berkata demikian dalam sesi ucapan penggulungan Perbahasan Titah Diraja berkenaan sistem PADU di Dewan Rakyat pada sesi petang.


Menurut Rafizi, PADU melibatkan 5 aspek. Pertama, konsep keperluan satu pangkalan data bersepadu, kedua status kemaskini, ketiga cabaran pelaksanaan PADU, keempat keselamaan sistem dan data serta kelima mekanisme pelaksanaan subsidi bersasar.


"Keperluan mewujudkan pangkalan data kerajaan yang menggabungkan data pentadbiran telah dibincangkan dan diputuskan dalam Majlis Tindakan Ekonomi Negara pada Mei 2023. Ini adalah antara beberapa keputusan paling awal dibuat oleh pentadbiran ini berhubung anjakan untuk menambah baik perancangan dan program sosio ekonomi rakyat


"Keputusan tersebut mengambil kira beberapa pengalaman kerajaan yang lepas. Satu masalah utama ialah untuk mengemaskini data yang memakan masa panjang.


"Biar pun tidak disebut ia menelan belanja yang besar sekiranya setiap kementerian dan agensi menggunakan pangkalan data berasingan dan tidak berinteraksi dengan data sedia ada di jabatan lain," katanya.


Tambah Ahli Parlimen Pandan itu, dengan PADU, mana mana agensi kerajaan pada masa hadapan untuk membangunkan sistem hanya perlu membangun antaramuka sistem sahaja dan tidak perlu mengumpulkan data dari peringkat awal sebagaimana yang berlaku ketika ini.


Kewujudan PADU yang disokong kerajaan juga, katanya, memberi isyarat kepada pemain industri digital dunia untuk melabur di Malaysia memandangkan pasaran negara ini yang kecil dengan 34 juta penduduk dan menyukarkan pelabur membangunkan insfrastruktur digital tanpa sokongan kerajaan.


"Pasaran Malaysia agak kecil sekitar 34 juta pengguna. Pasaran yang menarik perlu besar kerana kos yang boleh dikenakan penyedia perkhidmatan biasanya kecil (berbanding pelaburan yang mahal). Di rantau ini pelaburan yang besar biasanya dibuat di Indonesia dan Vietnam.


"Sebagai sebuah negara yang kita maklum jumlah pasaran kecil untuk mempercepatkan pelaburan dalam bidang digital maka usaha itu mestilah dipimpin kerajaan dan tahap digital mestilah di tahap lebih tinggi, kerana ini memberi isyarat kepada syarikat teknologi dunia pendigitalan (negara) didukung oleh kerajaan.


"PADU adalah satu komponen yang merentasi anjakan besar kerajaan. Ia komponen kepada pendigitalan dan aplikasi kerajaan yang lebih baik dan mesra rakyat. Selain dari isu yang kini dibahaskan, yang mana rakyat melihat PADU bertujuan mendapat subsidi semata mata," katanya.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page