Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) tidak boleh dianggap gagal kerana operasi sistem berkenaan masih belum bermula.
Menurut Pengarah Komunikasi Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Haziq Azfar Ishak, kenyataan pemimpin UMNO Puad Zarkashi kebelakangan ini kononnya PADU gagal dilihat mempamerkan ketidakfahamannya terhadap konsep pelaksanaan sistem yang menguruskan subsidi bersasar itu.
"Kejayaan atau kegagalan PADU hanya boleh dinilai melalui keberkesanan agihan subsidi bersasar yang akan dilaksanakan berdasarkan pergantungan terhadap PADU sama ada berupaya meminimumkan 'inclusion' dan 'exclusion error' atau tidak.
"Hakikatnya, konsep subsidi bersasar ini telah lama dibincangkan sejak pentadbiran Perdana Menteri keenam lagi sehinggalah pentadbiran Pakatan Harapan 2018-2020, tetapi cabaran terbesar pelaksanaan subsidi bersasar yang adil hanyalah boleh dilaksanakan melalui pengwujudan pangkalan data yang mengintegrasikan kesemua data agensi Kerajaan bagi memastikan 'near real time' data
"Bagaimanapun kenyataan tanpa pengisian Puad tidaklah mengejutkan kerana keghairahan beliau berkali-kali melakukan serangan terbuka terhadap Rafizi menunjukkan ketidakpuasan hatinya pada sosok individu, bukannya isu atau permasalahan sebenar yang mahu dibangkitkannya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Haziq berharap kritikan pada masa hadapan dari Puad lebih menumpukan PADU dan bukan sosok Rafizi. Kejayaan PADU adalah kejayaan pentadbiran Kerajaan Perpaduan dan bukannya Rafizi semata mata.
Comentários