
Rakyat Malaysia yang diuji pelbagai dugaan sepanjang 2020 dan 2021 perlu terus berharap semoga sinar harapan akan kembali dan membawa pentadbiran yang lebih baik di negara ini.
Bagi Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan dan Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Andre Lai, perayaan Krismas pada tahun ini walaupun disambut serba sederhana tetapi tetap memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia.
"Krismas adalah masa harapan dan memperbaharui inspirasi
"Mengimbas kembali tahun 2020 dan 2021, kita mungkin telah melalui detik paling gelap dalam sejarah negara. Dengan semua wabak yang malang, ketidaktentuan politik, inflasi dan akhir-akhir ini dilanda banjir terburuk dalam sejarah.
"Tuhan mempunyai rancangan yang terbaik untuk semua, walaupun yang terbaik mungkin bukan sekarang. Walaupun pada malam yang paling gelap pasti ada harapan apabila fajar menyinsing.
"Apabila kita memasuki Tahun Baru, kita akan menegaskan semula keazaman kita untuk membuat yang lebih baik untuk semua di bumi bertuah ini. Dan kita akan berpegang teguh pada agenda reformasi untuk menjadikan Malaysia tempat lebih baik kepada setiap rakyat tanpa mengira kepercayaan, etnik dan kepelbagaian budaya.
"Salam sejahtera saya ucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia. Selamat Hari Krismas kepada saudara-saudara kita beragama Kristian dan selamat bercuti kepada semua," katanya