top of page

PACA pihak lawan didakwa langgar peraturan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 days ago
  • 1 min read
Calon PH menunjukkan  nombor siri setiap pengundi dicatat. Foto kredit: NST
Calon PH menunjukkan  nombor siri setiap pengundi dicatat. Foto kredit: NST

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN N.46 Perling, Tee Boon Tsong mendakwa ada ejen tempat mengundi dan ejen mengira undi (PACA) dari parti lawan telah mencatat nombor siri kertas undi pengundi secara rahsia.


Beliau mendakwa kejadian berlaku di pusat mengundi Sekolah Agama Taman Bukit Indah, Johor Bahru dan telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengenai perkara itu.


Menurut Boon Tsong, tindakan berkenaan berisiko mendedahkan maklumat pengundi dan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 5 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5)


"Saya tahu mereka jarang bertugas dan tidak faham seksyen (kesalahan) yang dilakukan. Sepatutnya mereka tahu apabila sudah menandatangani borang merah jambu (Borang Pink), maknanya mereka bersetuju untuk tidak menyerahkan sebarang maklumat keluar dari pusat mengundi.


"Saya harap kalau boleh, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi penerangan kepada semua Ketua Tempat Mengundi (KTM) supaya pilihan raya kali ini dapat berjalan dengan lebih lancar dan bersih," katanya dipetik di pusat mengundi SK Taman Sutera pada Sabtu.


Sementara itu, Ejen calon, Lim Jia Le mendakwa PACA parti lawan mencatat nombor siri setiap pengundi yang hadir mengundi dalam satu senarai semakan (tally sheet) yang disediakan oleh parti terbabit.


"Dengan nombor siri itu, kita boleh mengenal pasti identiti pengundi seperti nama, nombor kad pengenalan dan nombor siri pengundi.


"Kesalahan ini memang sangat serius. Jadi, kita membantah perbuatan ini dengan sangat tegas," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page