top of page

PACA KEADILAN di DUN Satok dihalau keluar tempat mengundi



Tindakan Ketua Tempat Mengundi (KTM) di dua buah sekolah di DUN Satok yang menghalau petugas pusat mengundi dari KEADILAN selepas bertugas selama 2 jam amat dikesali.


Bagi wakil calon DUN Satok, Nor Azlan Ahmat Nor, tindakan menghalau PACA (Polling Agent & Counting Agent) adalah menyalahi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.


"Saya agen pilihan raya kepada calon N08 Datuk Nor Irwan Ahmat Nor telah membuat laporan polis ke atas KTM di dua saluran


"Di Sekolah Kebangsaan Rakyat saluran 5 dan saluran 2 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa


"Laporan dibuat atas tindakan KTM mengarahkan agen tempat mengundi mewakili saya pada pukul 10 pagi, setelah dua jam bertugas, dia telah menghalau keluar agen tempat mengundi. Tindakan itu jelas melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya di mana agen tempat mengundi boleh bertugas lebih daripada 2 jam.


"Tindakan mereka ini menafikan hak kami yang termaktub di dalam undang undang pilihan raya," katanya.


Sementara itu, satu lagi laporan polis turut dibuat terhadap agen parti GPS yang berkempen di dalam kawasan mengundi dan menyalahi Akta Kesalahan Pilihan Raya.


"Pihak kami juga telah membuat laporan polis terhadap agen agen GPS yang telah berkempen di dalam kawasan mengundi di tadika Kemas di Kampung Sungai Maung


"Kempen ini telah melanggar Akta kesalahan Pilihan Raya di mana tidak boleh berkempen pada hari mengundi


"Aktiviti kempen dalam pusat mengundi tidak dihalang oleh pegawai SPR yang berada di pusat mengundi tersebut," katanya lagi.



 
 

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page