top of page

'PAC tidak kata wujud RM1.7 bilion kerugian tetapi wujud 15% peralatan bakal usang'



Pembukaan tapak pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia di Lumut, Perak hari ini kepada pihak media membawa isu baharu yang ditimbulkan oleh pihak Boustead Naval Shipyard (BNS).


CEO syarikat itu, Kapten (B) Azhar Jumaat menyangkal laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sebelum ini yang menyatakan 15 % daripada barangan bernilai RM1.7 bilion untuk membina kapal itu boleh dikira akan atau sudah usang.


Mengulas hal itu, Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Fahmi Fadzil mengingatkan Azhar bahawa beliau sendiri telah pun memberi kenyataan kepada PAC sebelum ini mengenai kemungkinan peralatan tersebut akan obsolete dalam tempoh simpanan.

Keterangan Kapten (B) Azhar kepada PAC

"CEO BNS hari kata “tiada kerugian RM1.7 bilion kelengkapan” kapal LCS.


"Memang tak ada sesiapa pun yang sebut macam tu. Pengerusi PAC pun tak sebut macam itu.


"Yang disebut ialah RM1.7 bilion kelengkapan kapal LCS masih lagi berada dalam stor, dan dianggarkan 15% hampir atau telah obsolete," katanya.


Fahmi turut memuatkan petikan laporan PAC sebelum ini dalam posting terbaharunya di Facebook.


Hari ini, pembuat kapal LCS membenarkan media meninjau sendiri kapal kontroversi berkenaan yang ditempah sejak 11 tahun lalu tetapi masih belum disiapkan.


Dalam pada itu, Azhar memberi gambaran kelengkapan membina kapal berkenaan apabila disimpan pada tempoh lama memerlukan penjagaan secara berkala. Namun katanya, kebanyakan barangan boleh digunakan sehingga 20 tahun.


Selain iu beliau juga memberitahu LCS1 setakat April lalu sudah siap 60 %. LCS2 siap 48%, disusuli LCS3 (43%), LCS4 (36%) dan LCS5 (22%). Pembinaan LCS6 belum bermula


Kesemua lima kapal LCS dibina secara serentak dengan setiap kapal secara purata mengambil masa empat tahun untuk disiapkan dan LCS1 memerlukan kira-kira dua tahun lagi untuk siap sepenuhnya.

0 comments

Commenti


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page