top of page

P. Pinang sedia RM450,000 bantu koperasi - Ahmad Zakiyuddin



Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dipimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) meluluskan Bantuan Penang 2030 COOP Grant bagi tahun 2023 dengan peruntukan RM450,000 kata Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ir. Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman.


Bercakap dalam satu sidang media di Komtar semalam, ADUN Pinang Tunggal itu berkata, peruntukan tersebut bertambah berbanding RM300,000 untuk tahun-tahun sebelumnya bagi merancakkan lagi ekonomi negeri melalui gerakan koperasi.


Langkah itu juga, katanya bersandarkan rekod prestasi cemerlang yang ditunjukkan oleh koperasi yang telah menerima manfaat sebelum ini.


"Penambahan daripada jumlah asal RM300,000 kepada RM450,000 berdasarkan penglibatan aktif koperasi dalam membantu komuniti.


"Bantuan Penang 2030 COOP Grant akan meliputi permohonan bagi tujuan infrastruktur atau modal pusingan yang berjumlah RM10,000 maksimum bagi setiap koperasi serta mengikut keputusan Jawatankuasa Penilai.


"Ini akan memberi peluang kepada koperasi yang benar-benar memerlukan untuk memulakan atau memulihkan perniagaan mereka," ujar Ahmad Zakiyuddin lagi.


Hadir sama dalam sidang media tersebut adalah Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Pulau Pinang (SKMPP), Norlelah Samsuddin dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Angkasa Negeri Pulau Pinang, Mohd. Jamil Othman.


Mengulas lanjut, Ahmad Zakiyuddin memaklumkan, permohonan bantuan ini akan diselaraskan oleh SKMPP bagi menyusun dan mengemaskini semua permohonan daripada koperasi mengikut syor dan justifikasi yang telah ditetapkan.


Koperasi yang berminat mendapatkan bantuan itu boleh mengemuka permohonan kepada SKMPP melalui laman sesawang penang@skm.gov.my atau talian 04-2611335.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page