top of page

P Pinang sebahagian Kedah: Ahli Parlimen DAP buat laporan polis



Kenyataan Menteri Besar (MB) Kedah, Datuk Seri Sanusi Md Noor baru baru ini membayangkan Pulau Pinang merupakan sebahagian daripada negeri Kedah dijawab dengan laporan polis terhadapnya hari ini.


Menurut Ahli Parlimen Jelutong, R Sanisvara Nethaji Rayer, laporan polis yang beliau buat adalah untuk mempertahankan kedaulatan Pulau Pinang dan mahu pihak polis mengekang ucapan Sanusi yang berbaur hasutan.


"Pagi ini saya membuat satu laporan polis. Laporan polis kedua terhadap MB Kedah Datuk Seri Sanusi di mana dalam laporan berita Sinar Harian beliau dipetik berkata bahawa Pulau Pinang adalah milik Kedah, dua tiga hari lalu.


"Susulan daripada hal tersebut saya mengambil keputuan membuat laporan polis seperti disarankan oleh Lim Guan Eng (mantan Ketua Menteri Pulau Pinang), sebagai seorang rakyat Pulau Pinang dan Ahli Parlimen Jelutong," katanya.


Dalam laporan polis yang dibacakan oleh Rayer itu, beliau membantah tindakan Sanusi mempertikaikan sebuah negeri yang telah ditubuhkan secara sah dan diiktiraf Perlembagaan Persekutuan. Mempertikaikan hal itu disifatkannya sebagai melampau kerana bukan sahaja mempersoalkan keabsahan Perlembagaan tetapi kuasa Yang di-Pertuan Agong melantik Yang diPertua Negeri Pulau Pinang


"Sebagai MB, beliau harus bersikap bertanggungjawab dan harus mendapat nasihat serta pandangan pakar perundangan. Bukan menghentam secara semberono dengan membuat ucapan liar dan secara sesuka hati, menyebabkan keresahan rakyat Pulau Pinang dan mengganggu gugat ketenteraman awam


"Saya membuat laporan polis bukan sahaja hendak mempertahankan hak dan kepentingan rakyat Pulau Pinang tetapi lebih daripada itu untuk membela keabsahan Perlembagaan Persekutuan serta kuasa Agong


"Bagaimana MB boleh bercakap sedemikian? Ini bukan sahaja tidak bertanggungjawab tetapi melampau dan saya menuntut MB tarik kenyataan tersebut," katanya.


Dalam pada itu, Rayer juga mengulas kenyataan terbaharu Sanusi yang mencadangkan Perlembagaan Persekutuan dipinda untuk membolehkan Kedah menuntut Pulau Pinang menjadi miliknya.


Hal itu, kata rayer merupakan sesuatu yang jelas bahawa Sanusi maklum Pulau Pinang bukan lagi sebahagian daripada Kedah meskipun daripada sudut sejarah merupakan wilayah Kedah.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page