top of page

P Pinang kenang jasa besar Tun Abdullah Ahmad Badawi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 17
  • 1 min read

ree

Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengumumkan penamaan semula Lebuhraya Bandar Cassia sebagai Jalan Tun Abdullah Ahmad Badawi.


Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) pada Rabu, sebagai mengenang jasa besar dan legasi bekas Perdana Menteri Kelima itu terutama di Pulau Pinang


"Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri bersetuju menamakan semula Lebuhraya Bandar Cassia sebagai Jalan Tun Abdullah Ahmad Badawi.


"Cadangan ini amat siginifikan dalam menghargai jasa dan bakti Perdana Menteri Kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi yang telah membawa impak pembangunan kepada negeri ini sepanjang perkhidmatan sebagai Perdana Menteri dari 2003 hingga 2009," katanya dalam satu muat naik di Facebook.


Kon Yeow sementara itu berkata, pemergian Tun Abdullah merupakan suatu kehilangan besar kepada negara terutamanya negeri Pulau Pinang.


Pelaksanaan projek ikonik di Zaman Tun Abdullah seperti Jambatan Kedua Pulau Pinang yang diumumkan menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) pada 2003 telah memberi impak besar kepada pembangunan Pulau Pinang


"Impak jambatan kedua ini ialah kemampuannya dalam merancakkan pertumbuhan ekonomi antara Batu Maung (bahagian pulau) dan pembangunan Bandar Cassia di Batu Kawan sebagai zon perindustrian baharu khasnya," ujarnya.


Sementara itu beliau turut mengumumkan Kerajaan Negeri turut mengarahkan bendera negeri dikibarkan separuh tiang pada Jumaat ini di semua premis kerajaan dan pihak berkuasa tempatan sebagai penghormatan terakhir kepada Allahyarham.


"Rakyat negeri ini, khasnya Pulau Mutiara, akan terus mengenang jasa dan legasi beliau yang cukup besar. Nama Jalan Tun Abdullah Ahmad Badawi akan kekal sebagai simbol penghormatan negeri ini terhadap sumbangan beliau," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page