Otai Reformis kesal kerajaan PN derhaka titah Yang di-Pertuan Agong


NGO Otai Reformis 1998 kesal terhadap tindakan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Perdana Menteri (PM) Tan Sri Mahiaddin Yassin meremehkan titah Yang di-Pertuan Agong menuntut Ordinan Darurat dibahaskan dan diundi di Parlimen berdasarkan Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan, sehingga menimbulkan kemurkaan pihak istana.


Menurut kenyataan yang dikelaurkan oleh Presiden Otai, Dr Idris Ahmad dan Setiausaha Otai, Razak Ismail, gerakan pro Reformasi itu mempersoalkan ketaatan para pemimpin kerajaan Melayu Islam PN yang sanggup membelakangkan titah Agong dalam usaha mempertahankan kuasa mereka.


"Tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan yang mengumumkan pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat pada Mesyuarat Khas Parlimen 26 Julai lalu dianggap mendahului titah Yang di-Pertuan Agong yang mahu ordinan ini dibincangkan di Parlimen terlebih dahulu, merupakan satu bentuk penderhakaan kepada istana dan jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, lantaran telah membangkitan rasa 'amat dukacita' Yang di-Pertuan Agong


"Memandangkan pengumuman pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat yang dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini dianggap tidak mendapat perkenan Agong maka kita rakyat jelata menyimpulkan negara ini masih di bawah Ordinan Darurat sehingga tamat tempohnya pada 1 Ogos ini, sebagaimana diisytiharkan dalam Proklamasi Darurat pada 11 Januari lalu," kata mereka dalam satu kenyataan.


Sementara itu, pimpinan Otai turut mempersoalkan mengapakah syor Jawatankuasa Khas Bebas Darurat yang ditubuhkan di bawah Seksyen 2, Ordinan Darurat (kuasa-kuasa Perlu) 2021 bagi menasihati Yang di-Pertuan Agong tidak dirujuk sama sekali oleh Jemaah Menteri sebelum keputusan pembatalan ordinan dibuat.


Di atas kelemahan itu, pimpinan Otai menuntut PM meletak jawatan segera agar Agong boleh menggunakan Perkara 43 Perlembagaan untuk melantik seorang PM yang lebih berwibawa bagi mentadbir negara.


"Otai difahamkan sebuah Jawatankuasa Khas Bebas telah ditubuhkan di bawah Seksyen 2, Ordinan Darurat (kuasa-kuasa Perlu) 2021 untuk menasihati Agong samada membatal atau melanjutkan Ordinan-Ordinan Darurat, dan (keputusan memansuhkan) bukannya (dibuat) oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri atau Perdana Menteri, mahupun Jemaah Menteri.


"Lantaran tingkah laku perderhakaan oleh Kerajaan PN ini, maka Otai Reformis merafak sembah Kebawah DYMM Yang di-Pertuan Agong agar menggunakan progatif Baginda selaraskan Perkara 43 (2) (a) untuk melantik seorang PM dalam kalangan Ahli Parlimen yang mempunyai majoriti di Dewan Rakyat bagi menggantikan Mahiaddin Yassin yang telah hilang kredibiliti dan ‘taat setia’ kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri yang dilantik oleh Baginda sebelum ini," tegas mereka.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER