top of page

Otai Reformis, KEADILAN Simpang Renggam ziarah aktivis uzur

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 23, 2024
  • 1 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Atas dasar keprihatinan, Persatuan Kebajikan Reformasi Negeri Johor (PKRNJ) bersama Cabang KEADILAN Simpang Renggam telah melaksanakan program Ziarah Kasih dengan menghulurkan sumbangan kepada tiga otai reformasi yang sedang uzur dan menerima rawatan susulan.


Menurut satu kenyataan, sumbangan tersebut disampaikan kepada Sahak Salleh yang mendiami di Taman Intan, Kluang, N Gnanasekaran di Kampung Senda dan Ponira Pungut di Kampung Melayu, Renggam.


Katanya, majlis itu dihadiri ahli jawatankuasa PKRNJ yang diketuai Pengerusinya, Saiman Omar@Wak Samson; Setiausaha PKRNJ Shahdan Muhamad, Penolong Setiausaha, Ustaz Hamdan Basiran dan AJK, Saliza Salam.


Ziarah yang diadakan itu juga disertai beberapa otai reformasi dari Bandar Renggam, manakala Cabang Simpang Renggam diwakili Naib Ketua Cabang, Sukri Zakaria.


"Para penerima sumbangan mengucapkan terima kasih atas bantuan yang diberikan.


"PKRNJ turut mendoakan agar kesihatan otai reformasi yang uzur dipermudahkan dan segera sembuh.


"Majlis ditutup dengan bacaan doa dan jamuan ringkas," maklum kenyataan itu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page