top of page

Ordinan Darurat: Umno mesti nyatakan pendirian, MIC jangan derhaka titah Agong


Kenyataan Presiden MIC Tan Sri S.A.Vigneswaran mendapat kecaman keras kerana mempersoalkan titah Yang di-Pertuan Agong kononnya tidak perlu lagi Ordinan Darurat dibahas di Parlimen kerana tempoh berkuatkuasanya telah berakhir pada 1 Ogos 2021.


Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin membidas pendapat bekas Yang Dipertua Dewan Negara itu sebagai angkuh dan sengaja melanggar titah Agong yang mahu Ordinan Darurat diungkaikan di Parlimen.


"KEADILAN kesal dengan kenyataan terbaru Presiden MIC. Siapakah Vigneswaran ini yang secara angkuh melanggar perintah Agong? Secara jelas titah Agong menyatakan Ordinan Darurat mesti dibentang dan dibahaskan.


"Berani beliau menyebut perbahasan ordinan ini sia-sia? Cukuplah menegakkan benang yang basah. Kerajaan hari ini jelas telah gagal melawan Covid-19 dan gagal menjunjung perintah Agong dan Raja-Raja Melayu," katanya.


Bagi Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu, telah terlalu banyak pelanggaran titah dan hal-hal yang biadap dilakukan oleh kerajaan Perikatan Nasional terhadap Raja-raja Melayu sejak seminggu kebelakangan ini.


Oleh itu, Kebiadapan MIC tidak sepatutnya dipertahankan. Umno sebagai sekutu utama dalam BN sewajarnya mengeluarkan kenyataan balas mempertahankan institusi Raja-raja Melayu sebagaimana yang biasa dilakukan mereka.


Kepada kerajaan PN pula, katanya, hanya satu jalan untuk Perdana Menteri Mahiaddin Yassin ikuti, iaitu berundur secara terhormat.


"Umno (dalam hal kebiadaban MIC ini) tidak lagi boleh berbolak balik dalam menyokong titah YDP Agong.


"Perlu diingat MIC ialah komponen Barisan Nasional di mana parti Umno ialah tunjangnya. Justeru Umno mesti menyatakan pendirian terhadap kenyataan terbaru Presiden MIC," katanya lagi.


Semalam Vigneswaran berkata, membahaskan Ordinan Darurat sangat tidak perlu dan sia-sia. Lebih baik masa digunakan untuk menyusun semula dan menetapkan hala tuju negara keluar dari pandemik Covid 19


Manakala bagi pembangkang, Ordinan Darurat adalah perkara utama kerana banyak perbelanjaan menangani Covid diambil dari perbendaharaan menggunakan Ordinan Darurat dan semua perbelanjaan tersebut perlu diteliti.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page