top of page

'Orang Umno kata kapal ada di Lumut, memang ada tetapi tak siap' - Nik Nazmi



Taktik memanggil media untuk membuat liputan ke atas limbungan pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mungkin berjaya mengelabui mata penyokong Umno tetapi bukan rakyat yang cerdik.


Naib Presiden KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, penyokong Umno mungkin mudah diperdaya dengan imej kapal yang masih dibina, tetapi mereka tidak tahu kapal tersebut sepatutnya telah lama siap.


"Benda ini rasanya rumit, saya nak mudahkan RM6 bilion itu telah dibelanjakan tetapi kapal sampai hari ini tak siap.


"Orang Umno kata kapal ada kat Lumut (limbungan). Memang ada tetapi tak siap. RM6 bilion kalau saya dapat RM10,000 setahun saya boleh dapat duit ini untuk 1643 tahun.


"RM6 bilion dibazirkan. Tahun lepas kerajaan nak baiki sekolah daif peruntukan RM1.6 bilion. Bermakna dengan RM6 bilion ini 555 sekolah daif boleh dibaiki. Tetapi mereka tak rasa bersalah (rompak dana).


"Ini soal pertahanan. Tahun lepas kapal Petronas nak gerudi minyak di perairan Malaysia, apa jadi? Kapal (tentera) dari China datang. Apa kita terpaksa buat?


"Terpaksa kapal Amerika Syarikat dan Australia datang supaya kapal China keluar. Mana kapal kita? Mana maruah kita?


"Kita bukan minta berperang. Ada kata kata 'pertahanan terbaik adalah persiapan paling lengkap'," kata Nik Nazmi dalam himpunan aman "Protes Mana Kapal LCS" di jalan Tuanku Abdul Rahman, petang tadi.



Ahli Parlimen Setiawangsa yang 20,000 pengundi di kawasan itu adalah tentera dan bekas veteran berkata, ketika kerajaan Pakatan Harapan (PH) berkuasa, beliau dilantik sebagai Pengerusi Jawatankusa Pertahanan Parlimen dan sempat membuat siasatan ke atas skandal LCS. Namun penemuan jawatankuasa beliau tidak diumumkan kerana kerajaan tumbang pada 2020.


"Saya ketika zaman PH sempat jadi pengerusi jawatankusa pertahanan. Dalam jawatankuasa saya, ada pada hari ini menteri Umno.


"Kita dapat saya rasa ini kes paling besar, kita mulakan siasatan. Dalam siasatan itu apa yang mereka katakan, pembelian LCS ini macam beli kapal mainan. Macam bawa anak beli mainan. Itu (mainan) RM100, ini kapal RM9 bilion, RM6 bilion dah dibayar


"Apa yang jadi, terjadi Langkah Sheraton. saya nak siapkan draf akhir, jawatankuasa saya dibubarkan. Namun Alhamdulillah hari ini PAC dapat siasat dan dedahkan perkara tersebut dan kerajaan beri komitmen pula dedahkan laporan jawatankuasa Tan Sri Ambrin," katanya.


Nik Nazmi mahu skandal kapal TLDM cukup sebagai bukti pemimpin mana yang menyamun dan tidak perlu diteruskan kerajaan dan kepimpinan mereka lagi pada masa hadapan.



Bagi mantan ketua Pemuda DAP Howard Lee pula, skandal kapal LCS amat memalukan orang Perak.


Katanya, kapal berkenaan dibina di Lumut dan Menteri Pertahanan yang meluluskan kontrak pada 2011 lalu adalah Ahli Parlimen Bagan Datuk, Zahid Hamidi.


"Saya datang hari ini bukan sahaja mewakili parti DAP tetapi meluahkan suara orang Perak. Orang Perak dimalukan.


"Kapal yang sepatutnya dah habis dibuat tetapi tak habis habis. Sekarang parking di Lumut. Di Perak.


"Saya nak menyuarakan suara anak Perak yang rasa malu. Menteri yang buat keputusan, yang tak dengar suara kepimpinan dalam angkatan tentera pada waktu itu. Siapa menteri? Zahid hamidi. Memalukan orang Bagan Datuk, orang Perak," katanya.


Justru menurut ADUN Pasir Pinji itu, Umno BN dan sekutunya mesti dijatuhkan dan tidak lagi mendapat undi untuk memerintah pada masa hadapan kerana mereka mempermainkan keselamatan negara dan merosakkan maruah Malaysia di mata dunia.


0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page