top of page

Orang ramai puji Menteri lawat mengejut KLIA2



Rungutan orang awam berhubung ketidakselesaan di ruang menunggu perkhidmatan e-hailing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) akhirnya mendapat perhatian Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.


Semalam, Anthony Loke bersama pegawai kementerian melakukan pemeriksaan mengejut hab pengangkutan awam di tingkat 1 bangunan terminal itu.

Beliau dalam komen di media sosial kemudian berkata ada beberapa kelemahan terutama di ruang menunggu e-hailing yang perlu diperbaiki pada kadar segera.

"Antara masalah dikesan termasuk lorong jalan yang tidak rata akibat mendapan tanah yang mana ia boleh membahayakan pengguna.


"Saya difahamkan, pihak pengurusan melantik kontaktor dan kerja menaiktaraf akan dijalankan pada hujung bulan depan," katanya sebelum majlis pelancaran 'Fixed Fare Midnight Flight' anjuran AirAsia.


Beliau turut mendapati, sistem pencahayaan di ruang hab tersebut perlu ditambah baik supaya keadaan pada waktu malam lebih terang.


"Semua pemegang taruh diminta untuk sentiasa berusaha menambah baik kemudahan dan menceriakan pengalaman pengguna di lapangan terbang berkenaan," tambahnya.


Anthony Loke sebelum ini meraih banyak pujian dari orang awam susulan beberapa tindakan dilakukannya memberi kesan baik kepada sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.


Kurang sebulan dilantik semula sebagai anggota kabinet kerajaan, beliau telah berjaya memastikan banyak masalah fasiliti di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT) dapat diselesaikan.


Perkongsian Loke ke hub pengungutan awam di KLIA2 itu semalam turut mendapat pujian warganet.


"Terbaik yb Anthony Loke Siew Fook..cukup bekerja keras utk kebaikan rakyat, terus turun sendiri ke bawah dan selesaikan masalah. Inilah pemimpin yg rakyat mahu," kata Zulkiflee Othman.


Siti Nurul Ain pula mengucapkan terima kasih kepada Loke atas kerja kerasnya dengan berkata "hanya satu bulan, beliau telah selesaikan banyak perkara.... Alhamdulilah.. Terima kasih tuan.


"Anda adalah Menteri Pengangkutan terbaik yang pernah kami miliki..!! Terbaik YB," kata Iwan Jefry pula.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page