top of page

'Orang-orang melompat akan kecundang ditendang rakyat' - Anwar



Dalam sejarah dua dekad KEADILAN belum pernah berlaku Ahli Parlimen yang melompat parti berjaya mempertahankan kerusinya dalam Pilihan Raya Umum berikutnya.


Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran keras kepada mana-mana Ahli Parlimen yang melompat bahawa mereka akan berdepan kekalahan kerana menghina mandat rakyat.


Hal itu, kata beliau telah berlaku dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2013 yang menyaksikan undi popular diterima KEADILAN meningkat daripada PRU 2008, biarpun beberapa Ahli Parlimen telah melompat menyertai BN sepanjang 2008 - 2010.


"(Pada) 2008, PRU kita menang dan ada yang lompat (kemudiannya). Pada PRU 2013, dukungan kita melonjak. Orang-orag yang melompat itu kecundang ditendang oleh rakyat.


"(Mereka melompat) kerana peribadi mereka, tekanan terhadap mereka, apakah cukai, apakah projek, apa-apa tekanan lain jadi mereka tiada pilihan. Kononnya (sebelum itu) nak bela nasib rakyat," kata Anwar dalam siaran media pagi tadi.


Ahli Parlimen Port Dickson itu mahu wakil rakyat mempunyai pemikiran lebih rasional. Mandat yang diberi rakyat kepada mereka wajib dipertahankan, bukannya menghitungkan kepentingan peribadi atau untung rugi menjual jawatan.


Wakil Rakyat, katanya tidak wajar beralih arah hanya kerana disekat peruntukan kawasan atau disiasat perihal isu cukai dan sebagainya.


"Apakah ini menjadi pertimbangannya? Pertimbangannya adalah untuk wakil rakyat menuntut kerajaan berlaku adil kepada semua termasuk kawasan pembangkang.


"Itu tuntutan kita. Bukannya tuntutan wakil rakyat harus jadi pejuang rakyat, suara hati nurani rakyat kemudian mengaku kalah. Ini disebut kegalauan pemikiran.


"Masalah rakyat adalah pengangguran, ekonomi, rating agensi yang meletakkan Malaysia terus tercorot. Masalah pelaburan yang kian hilang, ini masalah rakyat sebenarnya. Kalau benar kita cinta kepada rakyat kita mesti tuntut Parlimen bersidang dan kerajaan PN berundur kerana hilang majoriti.


"Sekarang, oleh kerana mereka hilang majoriti maka bergelut membeli (Ahli Parlimen), upah, ugut sedaya upaya untuk mendapat dukungan sebelum boleh difikirkan Parlimen bersidang," katanya lagi.


Sikap pemimpin PN itu, kata Anwar jelas pentingkan diri dan tidak memikirkan derita rakyat terbanyak yang perlu dibela dan didahulukan.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page