top of page

Orang Asli dibaham harimau, apa tindakan pihak berkuasa?



Tragedi seorang Orang Asli dibaham harimau baru baru ini tidak mendapat tindakbalas meluas daripada pihak berkuasa.


Tiada usaha bersungguh sungguh pihak Perhilitan untuk menangkap harimau tersebut atau sebarang komen dari pihak berkuasa lain bagi menyelesaikan isu.


Menurut Pengarah Komunikasi Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sembrong, yang juga aktivis Orang Asal Johor, Mazerol Way Ah Lon, sikap berdiam diri kerajaan dalam hal tersebut amatlah dikesali.


"Orang Asli maut dibaham harimau, sehingga hari ini tiada kenyataan daripada mana-mana jabatan atau agensi berkaitan tentang hal ini dengan lebih khusus.


"Adakah nyawa Orang Asli tiada nilai sehingga isu yang serius ini dipandang sepi oleh semua pihak berkepentingan? Apabila mahu pilihan raya semua kawasan pedalaman sanggup diredah, tetapi apabila isu berkaitan nyawa Orang Asli ianya dipandang sepi oleh semua pihak berkepentingan


"Saya dimaklumkan ada beberapa kampung lagi yang masih dalam situasi berjaga-jaga ekoran haiwan ini masih bermain di kawasan penempatan mereka. Di manakah kementerian atau jabatan berkaitan dalam memastikan keselamatan Orang Asli terjamin?" tanyanya.


Beliau mahu kerajaan pusat melakukan pertimbangan yang rasional dalam hal berkenaan. Biar pun harimau liar dianggap haiwan diancam kepupusan tetapi sekiranya haiwan tersebut mengancam manusia maka perlulah dilakukan tindakan tertentu menanganinya.


"Jika sayang habitat (harimau) ini daripada pupus mengapa hampir keseluruhan hutan di sekitar situ dimusnahkan? Adakah kalian jahil dalam menilai kepentingan hutan untuk kelangsungan habitat-habitat ini?


"Atau kalian sengaja ingin memangsakan Orang Asli supaya terus pupus dibaham binatang liar?


"Ingatan saya supaya jadilah pemimpin yang cerdik dan berakal dalam memimpin. Jangan jadi pemimpin yang buta hati dalam menilai kepentingan masyarakat," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page