top of page

Optimis KDNK suku ketiga catat pertumbuhan lebih baik



Kementerian Ekonomi optimis pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku ketiga 2023 adalah lebih baik berbanding suku sebelumnya.

Menterinya, Rafizi Ramli berkata, pihaknya juga menjangkakan ekonomi negara pada suku ketiga akan merekodkan pertumbuhan tahun ke tahun di sebalik keadaan ekonomi global yang tidak menentu ketika ini.


"Apa yang lebih penting ialah negara akan mencatatkan pertumbuhan suku ke suku untuk kali ketiga berturut-turut yang tidak pernah terjadi sepanjang tiga hingga empat tahun lalu.


"Saya optimistik bahawa (suku ketiga) akan lebih baik daripada suku kedua dan apa yang lebih penting dengan pertumbuhan suku ke suku buat kali ketiga berturut-turut bermaksud yang kita menunjukkan momentum lebih baik, terutamanya apabila ekonomi global dijangka lebih baik pada 2024 menuju ke tahun 2025," katanya dipetik.


Rafizi berkata begitu ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Kempen Penyegar Dahaga RM1 oleh Atlas Vending Sdn Bhd,di Kuala Lumpur pada Rabu.


Sementara itu Rafizi berkata Malaysia tidak boleh lari daripada sifat kitaran ekonomi domestik serta ekonomi global, dan perlu memastikan ekonomi negara terus berkembang.


"Oleh itu, kita mesti menggunakan peluang ini untuk menyelesaikan masalah struktur seperti paras hutang yang tinggi, keadaan fiskal dan pembaharuan pasaran buruh, supaya apabila ekonomi global meningkat mulai separuh kedua 2024 dan seterusnya, kita akan berada pada kedudukan terbaik untuk meraih manfaat daripadanya," tambahnya.


Perangkaan bagi KDNK suku ketiga 2023 akan diumumkan bersama Jumaat ini oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Bank Negara Malaysia (BNM).


Bulan lalu, DOSM menerbitkan anggaran KDNK awalan suku tahunan dengan jangkaan ekonomi Malaysia akan berkembang 3.3 peratus pada suku ketiga 2023.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page