top of page

Ops Terjah KPDN berjaya menstabilkan bekalan, harga barang - Salahuddin



Operasi Terjah (Ops Terjah) yang dilaksanakan selama sebulan sejak 16 Disember lepas telah berjaya menstabilkan masalah gangguan ke atas rantaian bekalan dan harga barangan keperluan asas terutama menjelang hari perayaan.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, sepanjang pelaksanaanya anggota penguatkuasa telah ditugaskan di lokasi-lokasi strategik yang menjadi tumpuan pengguna membeli barangan keperluan harian.


Katanya, anggota tanpa pakaian seragam telah ditugaskan melihat situasi sebenar bekalan dan harga barang manakala sebanyak 21,830 premis peringkat runcit di seluruh negara telah diperiksa sepanjang operasi itu.

"Strategi melalui Ops Samar iaitu keberadaan anggota penguat kuasa KPDN tanpa pakaian seragam dilakukan bagi melihat situasi sebenar bekalan dan harga barang.


"Ia membolehkan penguatkuasaan dan pemantauan dilaksanakan dengan lebih berkesan dan tindakan segera dapat diambil ke atas aduan pengguna selain tindakan penguatkuasaan dikenakan ke atas peniaga sekiranya berlaku ketidakpatuhan," katanya dalam kenyataan.


Dalam kenyataan sama, Salahuddin berkata secara keseluruhan pihak KPDN mendapati berlaku masalah kekurangan bekalan telur ayam gred A, B dan C di beberapa negeri namun bekalan telah diterima semula dalam tempoh kurang tiga hari berbanding situasi biasa.

Operasi dijalankan juga mendapati tiada premis runcit dilaporkan mengalami gangguan bekalan ayam berbanding 93 premis yang dilaporkan berdepan masalan itu pada dua minggu pertama pelaksanaan Ops Terjah di seluruh negara.


"Isu bekalan gula dan tepung gandum juga dilihat tidak kritikal sepanjang tempoh pelaksanaan operasi ini. Namun kementerian tetap mengambil tindakan dengan membantu peringkat runcit dalam mempercepatkan proses pengedaran bekalan daripada peringkat kilang kepada pemborong.


"Bagi menangani isu kekurangan bekalan minyak masak peket, pihak kementerian telah mengenal pembekal minyak masak paket dan mewujudkan kerjasama berterusan bersama pihak pembungkus minyak masak bagi menyegerakan penghantaran bekalan, penambahan bekalan minyak masak botol di pasaran yang sedikit sebanyak telah mengurangkan impak kepada pengguna," katanya.


Ahli Parlimen Pulai itu juga berkata, sepanjang operasi yang dijalankan secara berhemah dengan memberi pendidikan, nasihat dan amaran agar peniaga mematuhi undang-undang, pihak KPDN turut mengadakan sesi libat urus di semua peringkat rantaian bekalan serta pemegang taruh bagi membantu melancarkan pengedaran.


"KPDN mendapat maklum balas dan sambutan yang baik daripada orang ramai.


"Pendekatan secara holistik dengan jalinan kerjasama dan penambahbaikan yang dilaksana secara bersama kementerian, jabatan dan agensi berkaitan antara faktor isu gangguan bekalan dapat diatasi segera," katanya lagi.


Sementaran itu, beliau turut menggesa pengguna yang mempunyai sebarang maklumat berhubung salah laku peniaga memainkan peranan dengan menyalurkan aduan yang lengkap kepada KPDN melalui WhatsApp di 019-2794317 atau 019-8488000; Portal Aduan e-aduan.kpdnhep.gov.my; Pusat Panggilan 1-800-886-800; emel e-aduan@kpdnhep.gov.my; dan Ez ADU KPDN.


Pengguna juga jelasnya boleh menghubungi Bilik Gerakan Penguatkuasaan di talian 03-882 6088 / 6245.s

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page