top of page

Gabungan NGO Ops Ihsan lancar kempen Palestin merdeka



Sekumpulan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang menggelar diri mereka Ops Ihsan melancarkan kempen gelombang mega tanda pagar #PalestinMerdeka.


Melalui satu kenyataan mereka menjelaskan, kempen itu bersempena dengan Hari Solidariti Antarabangsa Bersama Rakyat Palestin yang ditetapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 29 November setiap tahun.


Pengerusi Sekretariat Ops Ihsan, Jismi Johari berkata, kempen itu dimulakan dengan edaran poster menyeru rakyat Malaysia bersolidariti dengan memakai "keffiyeh" atau mafela Palestin esok dan disusuli dengan pelancaran #PalestinMerdeka yang dimulakan pada 8 malam Selasa hingga 8 malam esok.

Kempen galakan pemakaian keffiyeh

"Ia termasuk menukar gambar profil dalam media sosial masing-masing. Antara objektif utama selain mengingati tarikh 29 November yang telah menyebabkan Palestin terbahagi kepada tiga bahagian, ia juga merupakan usaha untuk menggerakkan massa dalam menularkan dan menjayakan #PalestinMerdeka sepertimana pernah dilakukan pada 2021 dengan tanda pagar #IsraelKoyak," katanya yang juga Presiden Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR).


Melalui kenyataan sama, Jismi turut menegaskan, usaha berkenaan juga mengangkat nama Malaysia sebagai negara yang tetap berdiri teguh di belakang perjuangan rakyat Palestin.


Ia juga sebagai mesej jelas bahawa negara ini tidak akan menyokong tindakan tidak berperikemanusiaan Israel terhadap Palestin.


Justeru, Sekretariat Ops Ihsan menyeru agar usaha kempen berkenaan dapat disambut dan diberi perhatian oleh seluruh pimpinan dan rakyat Malaysia bagi mencapai objektif yang telah digariskan.


Ops Ihsan diselaraskan oleh Kementerian Luar, diketuai MAHAR bersama lebih 50 badan bukan kerajaan (NGO) lain termasuk Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Red A Humanitarian Development Global, Mercy Malaysia, Pertubuhan Ihsan Johor dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).

1 comment

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page