top of page

Ops Ihsan lancar kempen HandsOffRafah



Oleh: Azuan Ab Rahman


Ops Ihsan menyeru masyarakat antarabangsa memberi keutamaan kepada usaha menyelamatkan nyawa di tengah-tengah genosid yang berterusan terhadap rakyat Palestin oleh Rejim Zionis.


Sekretariat itu melalui satu kenyataan berkata, pembunuhan lebih 33,000 nyawa dalam tempoh 190 hari lalu termasuk kematian terkini 7 sukarelawan kemanusiaan yang terkorban akibat serangan semasa pengagihan bantuan di Kem Al-Nuseirat menggariskan keperluan mendesak untuk penamatan segera pembunuhan beramai-ramai itu.


Justeru pihaknya melancarkan kempen #HandsOffRafah (#JanganSentuhRafah) dan menjemput setiap individu dan organisasi di seluruh dunia untuk menyertai mereka dalam usaha genting menamatkan genosid dilakukan rejim Israel.


"Sebarang ancaman kepada usaha bantuan kemanusiaan wajib dihentikan serta-merta.


"Walaupun banyak negara menyuarakan resolusi ke PBB, Israel tetap meneruskan serangan sewenang-wenangnya terhadap rakyat Palestin.


"Ini dicontohi dengan serangan udara yang menyasarkan kem pelarian Shati di utara Gaza pada 12 April semasa sambutan Aidilfitri dan usaha amal World Central Kitchen (WCK) pada 4 April.


"Tindakan pencerobohan dan serangan sedemikian akan mengakibatkan satu lagi bencana lebih besar kepada genosid yang sedang berjalan," kata Ketua Misi Keterlihatan Ops Ihsan, Shahrul Aman Mohd Saari melalui kenyataan tersebut.


Melalui kenyataan tersebut, beliau turut menegaskan bahawa pihaknya menentang sekeras-kerasnya sebarang pelanggaran undang-undang antarabangsa terhadap Rafah oleh Israel.


Justeru Ops Ihsan menyeru masyarakat antarabangsa untuk bersolidariti demi Palestin.

"Mari kita bersatu dan menggembleng usaha, pengaruh dan kreativiti kita untuk Palestin," tambahnya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page