top of page

Ops Ihsan hantar 100,000 pek makanan ke Gaza



Pasukan bantuan kemanusiaan di bawah Ops Ihsan tajaan Malaysia akan segera menghantar sebanyak 100,000 pek makanan ke Gaza ekoran keadaan semakin genting di kawasan konflik itu susulan serangan berterusan Israel.


Setiausaha Agung Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR), Izzat Zabir Sariff berkata, makanan yang dibungkus di gudang di bawah operasi Ops Ihsan telah berjaya membawa masuk kira-kira 2,000 pek makanan kepada penduduk Palestin di Gaza dua hari lalu.


"Gudang ini dikelolakan oleh MAHAR dengan dibiayai oleh Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) Wisma Putra selain rakan-rakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai," katanya kepada Suara Keadilan hari ini.


Terdahulu gudang terletak di Jalan Hob Haseib, Tereet Ismailiyah, Kaherah itu menerima lawatan daripada delegasi Malaysia diketuai Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin yang dalam rangka kunjung ke negara itu untuk menunjukkan sokongan kepada Palestin.


Turut bersama delegasi itu ialah Ketua Kaukus Palestin di Parlimen Syed Ibrahim Syed Noh yang juga Ahli Parlimen Ledang (KEADILAN ), Ahmad Tarmizi Sulaiman (Pas-Sik), Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy (BN-Kalabakan) dan Senator Datuk Wira Dr Mohd Hattta Md. Ramli.


Dalam lawatan itu, delegasi Malaysia menerima taklimat daripada Izzat Zabir tentang operasi gudang tersebut dan memaklumkan kejayaan penghantaran pertama ke Gaza pada 12 Februari lalu.


Semasa lawatan itu, Mohamad dan delegasi telah menyatakan sokongan penuh pengoperasian gudang tersebut dan yakin bantuan makanan ke Gaza akan lebih mudah.


Delegasi turut mengambil peluang mempelajari proses pembungkusan kotak makanan.


Pasukan MAHAR bersama lima lagi anggota telah berada di Kaherah sejak awal Januari lalu bagi memastikan perjalanan operasi pembungkusan pek makanan berjalan lancar.


Semalam Suara Keadilan melaporkan delegasi Malaysia diketuai Mohamad bersama tiga ahli Parlimen dan seorang senator melakukan lawatan ke Mesir untuk mempamerkan sokongan penuh Malaysia terhadap isu Palestin.


Delegasi akan mengambil peluang membuat lawatan ke lintasan Rafah-Gaza di mana bekalan kecemasan dan bantuan kemanusiaan daripada Malaysia disalurkan ke Gaza dengan kerjasama rapat bersama Kerajaan Mesir dan Ops Ihsan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page