top of page

Operasi sekolah komuniti Bajau Laut perlu dibincangkan - KPM



Kementerian Pendidikan (KPM) menggesa sekolah komuniti, Iskul Sama Dilaut Omadal di Sabah atau Sekolah Bajau Laut Omadal mengadakan perbincangan dengan pelbagai kementerian dan agensi sebelum beroperasi.


Melalui satu kenyataan KPM berkata, keputusan pengoperasian sekolah itu tertakluk kepada keputusan dasar kerajaan dan perbincangan mengenainya perlu dilakukan bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN), Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen bagi mendapatkan pandangan.


"Ini termasuk meneroka opsyen seperti model pelaksanaan sekolah bimbingan jalinan kasih (SBJK) yang dijalankan di beberapa tempat sebagai langkah KPM dalam berhadapan dengan isu terbabit.


"KPM sentiasa beriltizam untuk meningkatkan mutu, kesaksamaan ekuiti dan akses pendidikan bagi semua murid," kata KPM bagai mengulas polemik berkaitan pengoperasian Iskul Sama Dilaut Omadal, berhampiran Semporna, yang dilaporkan media baru-baru ini.


Pada 30 Oktober lepas, Persatuan Pendidikan Bajau Laut telah mengemukakan permohonan penubuhan institusi pendidikan swasta dalam kategori pusat bimbingan alternatif (PBA) kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.


Bagaimanapun, menurut KPM, Malaysia bukan negara pihak kepada Perjanjian Status Pelarian 1951 atau Protokol Pelarian 1967 bawah Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Justeru, penyediaan PBA adalah satu inisiatif kemanusiaan oleh kerajaan untuk pendidikan kepada kanak-kanak pelarian bagi menyediakan mereka untuk penghantaran ke negara ketiga.


"Penubuhan PBA adalah tertakluk kepada ketetapan kerajaan dengan mengambil kira aspek pematuhan undang-undang dan peraturan berkaitan pelarian iaitu Arahan MKN No. 23 - Dasar dan Mekanisme Pengurusan Pelarian dan Pemohon Suaka (Semakan 2023) serta keselamatan negara.


"Susulan daripada itu, KPM juga mengambil kira pandangan kementerian serta agensi lain yang berkaitan sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut sama ada memberikan kebenaran pengoperasian Iskul Sama Dilaut Omadal yang mana tertakluk kepada keputusan dasar Kerajaan," katanya kenyataan tersebut.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page