top of page

Operasi kawalan ketat kilang, gudang beras perangi penyelewengan bekalan

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Oct 2, 2023
  • 1 min read


Operasi Bersepadu Beras Putih Tempatan (OP BPT) akan memastikan bekalan beras kepada rakyat berjalan lancar dan tidak menghadapi kekurangan seperti sekarang.


Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin (gambar, dua dari kanan) yang dilantik mengetuai Task Force Khas Ops Bersepadu Beras Putih Tempatan berkata, beliau menyambut baik langkah tebaharu kerajaan melakukan penguatkuasaan lebih ketat dan bersepadu terhadap kilang dan gudang pemborong beras.


"Operasi bersepadu ini akan bertumpu kepada pemeriksaan dan penguatkuasaan di semua peringkat rantaian pembekalan BPT termasuk semua kilang-kilang beras dan stor-stor pemborong beras melibatkan agensi rentas Kementerian termasuk Badan Kawal Selia Padi & Beras KPKM, Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS).


"Pengukuhan penguatkuasaan ini menunjukkan keazaman berterusan Kerajaan untuk memastikan kelangsungan bekalan beras di pasaran," katanya dalam satu kenyataan.


Tindakan pemantauan besar besaran itu juga katanya termasuk menganalisis sampel beras yang akan diambil di semua kilang beras, gudang-gudang pemborong dan juga di pasaraya untuk dibuat analisis kimia.


"Saya tekankan di sini, pihak Kerajaan akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang didapati menukar kampit atau mencampurkan BPT dengan beras import atau menyorokkan BPT.


"Oleh yang demikian, saya mengalu-alukan sekiranya terdapat mana-mana pihak yang mempunyai maklumat untuk mengemukakan laporan rasmi dan butiran seperti masa dan tempat bagi memudahkan tindakan penguatkuasaan dilaksanakan," katanya.


Beliau dalam pada itu turut menyokong pengumuman Menteri Pertanian berkenaan harga beras putih import di Sabah dan Sarawak yang diserap oleh Kerajaan mulai 5 Oktober 2023.


"Langkah ini membolehkan beras import diperoleh dengan harga runcit RM31 bagi setiap 10kg di Sabah dan Sarawak memandangkan pengeluaran BPT di wilayah-wilayah ini adalah terhad," katanya lagi.


1 Comment


Mfurban Agro
Mfurban Agro
Oct 02, 2023

Baik jangan pervaya sangat pegawai berkaitan di peringkat kawasan.Org tempatan perasan tindak jenayah pembekal ,pengilang dan seangkatan dgnnya jadi hantu jika ada operasi dijalankan kerana mereka dapat laba dari jenayah ini.Buat satu sistem aduan boleh terus sampai kepada jawatankuasa operasi di bawa selian menteri sendiri .Kemudian lantik 5 atau kurang pegawai dari pusat bergerak ke tempat aduan org awam dgn mengerahkan pegawai berkenaan di kawasan tampa memberitahu masa tempat opetasi dilakukan.Ini lagi jimat masa dan hasil pasti maksimum.Dan tidak ada ampun kepada penjenayah.Hapus lesen ,senarai hitam nama utk apa apa urudan dgn org awam.Ramai lagi.org yg boleh buat

Jika tidak hasil tetap sama maklumat akan sampai sebelum pegawai sampai dari pegawai dikawasan kerana meteka dijanjikan wang

Like

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page