top of page

Op Pantau: KPDN periksa 17,920 premis, kesan 92 kesalahan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 31, 2023
  • 2 min read


Usaha penguatkuasaan bagi memastikan peniaga mematuhi undang-undang dan tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan terutama menjelang musim perayaan giat dilaksana Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).


Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh memaklumkan sehingga Rabu lalu sebanyak 17,920 buah premis telah diperiksa dalam Op Pantau 2023 yang dilaksanakan pihaknya.


Melalui pemeriksaan tersebut, sebanyak 92 kes dikesan melakukan pelbagai kesalahan dan sebanyak RM11,400 nilai kompaun telah dikenakan.

"Kami terima 283 aduan membabitkan pelbagai perkara. Manakala bagi 93 kes kompaun itu, ia membabitkan pelbagai kesalahan antaranya harga mahal, tanda harga dan penimbang tidak tepat.


"Semua premis ini kami semak daripada segi pematuhan undang-undang yang terpakai," katanya.


Fuziah sebelumnya ditemui pemberita selepas melancarkan Bazar Ramadan Rahmah (BRR) dan Program Inisiatif Pengdigitilan Sektor Peruncitan (REDI) peringkat Pulau Pinang, di Bazar Ramadan Bayan Baru semalam.


Mengulas lanjut mengenai operasi penguatkuasaan itu beliau memaklumkan ia dilaksanakan secara seragam dan berfokus bermula 23 Mac sehingga 21 April.


Pemeriksaan memfokuskan pemantauan ke atas beberapa perkara, antaranya berkaitan bekalan barang, harga barang, jualan murah, alat timbangan, penjualan barang tiruan atau cetak rompak, dan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa (HRP) 2023.


Sementara itu ketika mengulas inisiatif BRR yang diadakan secara kerjasama strategik antara KPDN dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) beliau menjelaskan sehingga kini sebanyak 38 lokasi sedang melaksanakan BRR di seluruh negara.


Antara kriteria BRR ialah sebahagian peniaga menawarkan Menu Rahmah selain mengalakkan kadar sewa Rahmah serta berpatutan kepada peniagaan.


"Selain itu, kami turut mengagihkan pemberian insentif RM20 kepada 1,000 pengunjung terawal, menerusi platform e-dompet dan sehingga hari ini seramai 4,000 orang di empat BRR telah menerima insentif tersebut.


"Kami memperuntukkan sebanyak RM2 juta untuk 96,000 pengunjung yang datang bazar Ramadan di seluruh negara, dalam usaha kita menggalakkan orang ramai berbelanja," katanya dipetik.

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page