top of page

Ombudsman Malaysia: Satu lagi reformasi pentadbiran dilaksana PMX

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 14 hours ago
  • 2 min read

Oleh: Akmal Manaf


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) membuktikan reformasi bukan sekadar janji, apabila perubahan demi perubahan telah dilaksanakan secara berfasa demi meningkatkan kualiti pentadbiran kerajaan.


Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, Muhammad Iman Haziq Mohammad Hamizi (gambar) menyifatkan, tiga tahun lebih bukan tempoh yang panjang tetapi PMX itu telah melakukan banyak perubahan termasuk menubuhkan Ombudsman Malaysia yang merupakan agensi pusat untuk mengurus dan menyelesaikan aduan awam dengan mandat lebih menyeluruh merangkumi isu salah tadbir, salah laku, perlindungan pemberi maklumat dan kebebasan maklumat.


"Dalam waktu pendek ini, banyak perubahan yang dilakukan oleh PMX. Mungkin tidak semua janji yang beliau laungkan ketika zaman pembangkang dulu, dilaksanakan semuanya.


"Tapi ianya sudah selesai (reformasi) satu persatu mengikut fasa. Bayangkan jika tiga tahun lebih pun banyak pencapaian yang dilakukan oleh PMX termasuk reformasi pentadbiran dan pencapaian negara.


"Bayangkan kalau PMX mentadbir negara kita dalam tempoh 10 tahun (lagi), macam-macam (penambahbaikan) akan berlaku,’’ katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.


Beliau diminta mengulas mengenai janji reformasi 2026 yang telah berjaya dilakukan oleh Anwar termasuk penubuhan Ombudsman yang dikatakan pernah dicadangkan Pas sejak dua dekad lalu, namun tidak dilaksanakan ketika memerintah pada 2020.


Ombudsman merupakan janji KEADILAN sejak dua dekad untuk ditubuhkan sebagai jalan keluar kepada ketelusan pentabiran yang bermasalah pada era PM Tun Mahathir (1981 - 2003) lalu.


Pada 5 Januari, Anwar menerusi perutusan Tahun Baharu 2026 mengumumkan mengenai empat reformasi institusi yang akan memberi kesan struktur jangka panjang terhadap negara.


Ia termasuk pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri (PM) kepada dua penggal, penggubalan RUU Kebebasan Maklumat (FOI), penubuhan Institusi Ombudsman serta pemisahan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya.


Anwar turut menyampaikan 11 perutusan, antaranya menaikkan gaji hakim mahkamah selepas 10 tahun tiada kenaikan, pemberian SARA RM100 kepada warganegara berumur 18 tahun ke atas bermula pada 9 Februari dan sebagainya.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page