top of page

OKU, pelajar nikmati perkhidmatan KTM percuma di laluan tertentu



Kerajaan Perpaduan sekali lagi menunjukkan keprihatinannya apabila mengumumkan perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) secara percuma buat golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di laluan tertentu.


Langkah terbaharu yang akan bermula 15 Feb itu turut melibatkan pelajar di bawah usia 12 tahun dan berpakaian sekolah.


Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata tawaran percuma itu adalah bagi perkhidmatan tren komuter sektor utara dan Lembah Klang serta perkhidmatan antara bandar bagi laluan Gemas - Tumpat.


Tidak sekadar di Lembah Klang, tawaran turut memanfaatkan 150 murid yang menggunakan perkhidmatan tren antara Dabong ke Kuala Geris di Kelantan setiap hari dengan kadar bayaran RM1 setiap perjalanan.

"Perbincangan lanjut akan dibuat untuk meluaskan perkhidmatan tren percuma kepada pelajar sekolah menengah selepas ini bergantung kepada kemampuan kewangan," katanya dipetik.


Ahli Parlimen Seremban itu ditemui pemberita ketika hadir mengedarkan pek sambutan Tahun Baharu Cina 2023 kepada penumpang perkhidmatan tren elektrik (ETS) ke utara dan penumpang komuter di KL Sentral pada Jumaat.


Mengulas lanjut beliau berkata, inisiatif itu dapat dilaksanakan melalui penjimatan RM15 juta setahun susulan penangguhan perkhidmatan KTM komuter dari Subang Skypark ke KL Sentral berkuat kuasa pada tarikh sama.


Perkhidmatan laluan Subang Skypark ke KL Sentral itu dtangguhkan setelah didapati menerima sambutan kurang memuaskan.

"Kadangkala kereta api kosong. Permintaan belum ada, kemungkinan selepas Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang dinaik taraf ada permintaan lebih tinggi," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page