top of page

Nuzul al-Quran: PM ajak umat Islam banyakkan baca al-Quran



Umat Islam diseru memperingati peristiwa Nuzul al-Quran dengan memperbanyakkan bacaan kitab suci pada bulan Ramadan.


Saranan itu disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersempena Nuzul al-Quran yang disambut hari ini.


Menurut Anwar, kitab suci yang diturunkan pada bulan Ramadan itu mengandungi mesej yang sarat dengan petunjuk yang meluruskan perbedaan antara yang hak dan batil.


Hal itu juga jelasnya sebagai satu bentuk kesyukuran atas turunnya mukjizat Allah SWT yang menjadi sumber kekuatan dan kejayaan umat.


"Mudah-mudahan mukjizat agung ini akan memberikan syafaat kepada kita semua di akhirat kelak, InshaAllah," kata Presiden KEADILAN itu dalam catatan di Facebook.


Nuzul al-Quran merujuk kepada peristiwa turunnya ayat al-Quran pertama kepada Nabi Muhammad SAW pada malam Jumaat, 17 Ramadan di Gua Hira, Makkah iaitu tahun ke-41 keputeraan baginda.


Sementara itu, dalam catatan sama Anwar turut menyorot peristiwa besar yang berlaku dalam bulan Ramadan antaranya Perang Badar pada tahun kedua Hijrah dan pembukaan Kota Makkah pada tahun kelapan Hijrah.


Ia jelasnya menunjukkan siri peristiwa dalam bulan Ramadan yang penting dan strategik dalam konteks sejarah perjuangan dakwah Rasulullah SAW.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page