top of page

Nurul pernah pimpin badan pemikir, wakil ke persidangan antarabangsa

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 31, 2023
  • 1 min read


Nurul Izzah Anwar layak dilantik sebagai penasihat di Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan kerana pernah memimpin think tank atau badan pemikir serta pernah menjadi wakil negara ke persidangan peringkat antarabangsa.


Hal itu dinyatakan oleh Ketua Cabang KEADILAN Alor Gajah, Ginie Lim Siew Lin.


Beliau menegaskan tiada sesiapa boleh menyangkal Nurul Izzah seorang tokoh muda berpengalaman dan intelektual.


"Walaupun Nurul Izzah merupakan anak kepada Perdana Menteri dan Presiden KEADILAN, ianya tidak mengubah hakikat bahawa Nurul Izzah mempunyai kekuatan dan kebolehan tersendiri serta pengorbanan dalam perjuangan politik Reformasi.


"Beliau pernah memimpin beberapa 'think tank' dan badan penyelidikan dalam negara serta mewakili negara ke persidangan antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Ginie Lim yang juga mantan Exco Melaka, kekuatan semangat dan bakat yang ditonjolkan oleh Nurul telah menjadi inspirasi kepada wanita muda sejak 20 tahun lalu dan tidak wajar hal itu disia siakan.


"Keberanian dan kesungguhan yang ditampilkan oleh Nurul Izzah (sejak dua dekad telah) berjaya menggalakkan ramai wanita untuk ke depan dalam politik dan kepimpinan organisasi," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page