top of page

Nurul Izzah yakin Fuziah pemimpin terbaik untuk Wanita KEADILAN



Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar mengalu-alukan perlantikan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Pahang Fuziah Salleh sebagai Ketua Wanita KEADILAN baharu.


Dalam hantaran di Facebook beliau, Izzah yakin Fuziah mampu memikul cabaran menyatukan semula wanita KEADILAN menuju pilihan raya umum ke 15.


"Tahniah kepada saudari Fuziah Salleh yang baru dilantik sebagai Ketua Wanita KEADILAN serta sekalung penghargaan buat Puan Fadhlina, yang merupakan seorang Peguam Syarie dan aktivis kerana memilih untuk bersama di bawah payung KEADILAN dalam memperjuangkan dan membawa kestabilan dalam masyarakat," katanya.


Izzah turut menyifatkan Fuziah yang pernah menyandang jawatan tinggi dalam Wanita KEADILAN sebagai tokoh yang berwibawa untuk membawa pergerakan itu ke arah perjuangan membela kebajikan rakyat.


"Ibarat kata pepatah 'yang patah tumbuh, yang hilang berganti', wanita KEADILAN bukan sekadar ingin berpolitik, namun memberikan impak dan kesejahteraan yang lebih baik buat masyarakat," katanya lagi.


Untuk rekod, Fuziah merupakan Timbalan Ketua Wanita KEADILAN yang pertama ketika parti ditubuhkan pada 1999. Beliau juga pernah menjawat Ketua Wanita KEADILAN Pahang (2000-2007) dan menjawat Naib Presiden KEADILAN pada November 2010 hingga 2013.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page