Nurul Izzah 'turun padang' bantu calon BN
- Suara Keadilan

- Dec 1, 2023
- 1 min read

Oleh: Noraini Nordin
Kempen untuk membantu calon BN di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman semakin rancak apabila Puteri Reformasi, Nurul Izzah Anwar 'turun padang' hari ini.
Nurul Izzah melakukan walkabout di Pasar Tani Chukai dan Pasar Besar Chukai untuk menyantuni pengundi. Selepas walkabout Nurul Izzah bersantai bersama komuniti di Kedai Kopi Kemaman.
Manakala di sebelah petang pula beliau melakukan walkabout di Teluk Mok Nik.
Bagi PRK Kemaman - BN telah menampilkan calon yang amat besar sumbangannya kepada negara iaitu bekas Jenderal (B)
Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor .
Pecutan akhir kempen dengan menurunkan Naib Presiden KEADILAN seperti Nurul Izzah diharap akan memberi nilai tambah kepada calon BN supaya lebih diyakini untuk dipilih pengundi.
Sesi walkabout untuk memberi penerangan kepada pengundi itu juga berjalan lancar.
Esok pada 2 Disember 2023 adalah hari penentu bagi calon-calon yang bertanding dalam PRK Kemaman apabila 141,790 pemilih berdaftar akan membuang undi bagi memilih wakil rakyat baharu bagi kerusi itu setelah penyandangnya Che Alias Hamid dibatalkan kemenangan oleh Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lalu.



Comments