top of page

Nurul Izzah Timb Presiden, Amirudin, Aminuddin, Lih Kang kekal Naib Presiden

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 8 minutes ago
  • 2 min read


Oleh: Akmal Manaf


Nurul Izzah Anwar diumumkan sebagai pemenang jawatan Timbalan Presiden KEADILAN pada pemilihan parti itu yang berlangsung hari ini dengan bilangan sokongan diterima sebanyak 9,803 undi.


Keputusan rasmi itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, selepas selesai perasmian Kongres Nasional KEADILAN 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor (Persada) sebentar tadi.


Jawatan Naib Presiden pula dimenangi oleh Datuk Seri Amirudin Shari dengan 7,955 undi, Datuk Seri R Ramanan (5,895), Datuk Seri Aminuddin Harun (5,889) dan Chang Lih Kang (5,757).


Bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Datuk Fahmi Fadzil mendahului pemenang dengan undian sebanyak 4,811 manakala Adam Adli Abdul Halim menerima 4,798 undi.


Seterusnya, Chan Ming Kai yang turut memenangi jawatan MPP meraih sebanyak 4,753 undi, Gunarajah R George (4,699), Azlan Helmi (4,699).


Senarai MPP lain yang memenangi jawatan MPP adalah:


  • Dr Maszlee Malik (4,694)


  • Goh Choon Aik (4,669)


  • Nurin Aina (4,669)


  • Elizabeth Wong Keat Ping (4,668)


  • Abg Zulkifli Abg Engkeh (4,668)


  • Siti Aishah Shaik Ismail (4,665)


  • Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad (4,467)


  • Akmal Nasrullah Mohd Nasir (4,455)


  • Amidi Abdul Manan (4,444)


  • Lee Chean Chung (4,416)


  • Azam Karap (4,403)


  • Syed Ibrahim Syed Noh (4,389)


  • A Kumaresan (4,373)


  • Sim Chon Siang (4,372)


  • G Sivamalar (4,366)


Bagi sayap pemuda iaitu Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua AMK, manakala Izuan Kasim merupakan Timbalan Ketua AMK yang baharu dengan undian sebanyak 3,339.


Naib Ketua AMK Pusat pula dibarisi Nabil Halimi (2,784), Dr Mohammed Taufiq Johari (2,780) dan Chiew Choon Man (2,353).


Fadhlina Sidek pula terus mengekalkan kedudukannya sebelum ini iaitu sebagai Ketua Wanita Pusat KEADILAN dengan meraih undi sebanyak 2,890.


Posisi Timbalan Ketua Wanita Pusat KEADILAN juga tidak mengalami perubahan apabila Juwairiyah Zulkifli berjaya kekal di kerusi itu dengan 2,760 undi diperolehi.


Naib Ketua Wanita Pusat pula menampilkan Rozana Zainal Abidin (2,610) undi, Loh Ker Chean (2,608) dan Datin Rufinah Pengeran (2,598).

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page