top of page

Nurul Izzah teringatkan kenangan beraya bersama Anwar di penjara


Sepanjang karier politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau pernah beberapa kali tidak dapat beraya bersama keluarganya di kampung halaman kerana dihukum penjara, namun ia menjadi kenangan pahit dan manis buat anaknya, Nurul Izzah.


Dalam perutusan hari raya Aidilfitri tahun ini, Izzah teringat bagaimana keluarganya akan melawat Anwar di penjara Sungai Buloh setiap kali tiba bulan Syawal.


"Bunyi siren mengingatkan saya kepada saat menyambut Aidilfitri di luar tembok penjara Sungai Buloh, sempat beraya melawat ayah tersayang di penjara yang sama.


"Kadang-kala sambut di perkarangan mahkamah atau lokap bawah tanah. Alhamdulillah, tahun ini dapat menyambut bersama keluarga tersayang," katanya.


Kenangan bersama bapanya juga menjadi sumber kekuatan kepada Izzah untuk menghadapi dugaan pada masa akan datang, terutamanya mengharungi ancaman wabak COVID-19.


"Aidillftiri adalah hari kemenangan. Walaupun di saat sepi dan sayu, bergelut dengan pelbagai kesedihan, saya selalu ingat kepada semangat kemenangan.


"Pertalian keluarga yang paling penting ketika ini, kita harus mensyukuri nikmat yang diberi Allah, ini peringatan kepada saya dan anak-anak.


"Moga-moga akan sentiasa disulami saat saat indah dan senyuman tetap mampu diukir walaupun dimana jua kita berada," katanya lagi.

0 comments

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page