
Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar memberikan 23 laptop kepada pelajar sekolah di sekitar Seberang Jaya dan Permatang Pauh.
Laptop itu disumbangkan oleh Micron Memory Malaysia, Western Digital Malaysia dan juga Greatech Technology Berhad menerusi inisiatif Program E-Learning 2021 di bawah kerajaan negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia.
“Laptop ini telah diserahkan bagi kegunaan pelajar-pelajar dari SMK Seberang Jaya, SMK Bandar Baru Perda, SJKC Seng Keow. Terima kasih Cik Nik Rohana wakil dari Micron Memory yang turut hadir bersama.
“Sebelum ini menerusi inisiatif #KitaBelajar, kami juga telah menyumbangkan laptop dan juga tablet kepada murid murid,” katanya.
Beliau turut mengalu-alukan syarikat yang ingin menyumbang kepada pendidikan dan masa hadapan anak-anak Malaysia.
Sumbangan boleh dibuat menerusi talian hotline Pusat Khidmat Permatang Pauh di talian 011-10177284.